Review Usahawan PeDAS

Mee Sudin Mee Sayur Kering Berkhasiat PeDAS

Mee Sudin mee sayur kering berkhasiat PeDAS adalah merupakan satu produk yang dipasarkan melalui platform e-dagang atau nama penuhnya adalah Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS) di bawah kelolaan MDEC. Mee sayur kering ini di bawah jenama Mee Sudin Melaka diasaskan oleh Puan Siti Jamilah binti Mahdul ini beroperasi di kilang yang terletak di Melaka. Telah memulakan perniagaan semenjak tahun 2016, mereka memfokuskan kepada pengeluaran Mee Sayur yang menggunakan bahan-bahan berkhasiat agar pelanggan mereka mendapat hasil yang terbaik daripada produk mereka.

Dari awal berniaga, misi mereka adalah untuk membangunkan komuniti yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan pemilihan makanan yang penuh dengan nutrien tanpa mengabaikan kenikmatan dalam memakan makanan yang sedap.

Baca keistimewaan Mee Sudin Melaka di sini.

Mee sayur kering berkhasiat PeDAS ini dihasilkan dengan menggunakan 100% ekstrak jus segar dan ini adalah jaminan mereka terhadap pelanggan mereka. 100% ekstrak jus segar, tanpa pengawet dan tanpa bahan tiruan digunakan! Terdapat 3 jenis sayuran yang digunakan oleh Mee Sudin Food Industry dalam mee sayur kering ini iaitu ekstrak sayuran bayam, ekstrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu. Ketiga-tiga mee sayur ini dinamakan mengikut jenis ekstrak sayuran itu.

Mee Sayur Kering Berkhasiat

Adunan-adunan mee kering sayur ini tidak menggunakan pewarna sintetik. Kalau tengok mee sayur ni kan, warna dia pucat je tak terang tak berapa menarik tapi sepatutnya inilah yang perlu kita beli sebab kalau warna tu cantik terang tu biasanya ada tambahan pewarna makanan. Tapi Mee Sudin Melaka ni tak pakai ya pewarna. Lepastu mee sayur kering ni takde kapur, so tak pahit. Pengawet macam asid borik pun takde, so mee ni tempoh hayat dia tak berapa panjang sebab organik kan? Dan yang best adalah rasa mee sayur ni lebih manis dan lemak sebab mereka gunakan ekstrak sayur-sayuran segar dan asli.

Lagi satu perkara yang sangat interesting tentang Mee Sudin ni adalah mereka akan selesaikan 4 masalah pelanggan mereka.

Pertama, Mee Sayur Kering keluaran Mee Sudin lengkap dengan semua kelas nutrien di dalam satu hidangan mee.

Kedua, Mee Sudin tidak memerlukan terlalu banyak rencah untuk menyediakan hidangan mee dengan rasa yang sedap. Ini kerana rasa mee sayur kering tu sendiri adalah lebih manis dan lemak kerana penggunaan ekstrak sayur-sayuran.

Ketiga, tiada lagi rasa mee yang pahit kerana tidak lagi menggunakan asid borik dan kapur.

Keempat, dah tak perlu paksa anak-anak makan sayur sebab Mee Sudin kan ada. Hehehe.

Kalau nak tahu cara membuat Mee Sayur, klik sini.

Mee Sayur Kering Berkhasiat

Mana nak dapatkan Mee Sudin ini?

Facebook – Mee Sudin

Instagram – Mee Sudin

Whatsapp – Mee Sudin