Uncategorized

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS

Sejak kebelakangan ini, sarang burung semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi untuk sarang burung walet. Mungkin kerana harganya yang boleh mencecah RM4,000 sekilogram menyebabkan permintaan sarang burung semakin meningkat. Dikatakan industri ini bernilai RM1,500,000,000 atau RM1.5 billion, ini hanya pasaran di Malaysia sahaja tau! Dan Malaysia adalah pengeluar sarang burung walet ketiga terbesar di dunia dengan pengeluaran purata sebulan sebanyak 12 juta tan. Sarang burung walet ini merupakan makanan eksotik yang sangat berkhasiat dan popular sejak zaman dahulu kala. Atas sebab inilah Nuras Secret Enterprise mengeluarkan minuman sarang burung sayap walet dengan sokongan Program E-Dagang Setempat atau PeDAS.

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS



Puan Noraslina, pengasas kepada jenama Sayap Walet, berhasrat untuk memperkenalkan produk-produk berasaskan sarang burung walet seperti minuman, makanan tambahan dan juga kosmetik. Buat masa ini, produk yang menjadi pilihan pelanggan adalah minuman sarang burung sayap walet yang mempunyai 3 perisa iaitu durian belanda, kurma dan laici. Minuman ini dikeluarkan di dalam botol bersaiz 250ml dan setiap botol ini mempunyai sarang burung walet sebanyak 2%. Nampak macam sikit je kan tapi ianya mencukupi untuk sekali hidangan.

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS





Apabila ditanya mengapa Sayap Walet mengeluarkan minuman berperisa buah-buahan segar seperti Laici, Kurma dan Durian Belanda, Puan Noraslina menjawab, beliau ingin agar penggemar minuman sarang burung sayap walet dapat menikmati minuman kegemaran dengan penuh kenikmatan rasa buah-buahan segar, setiap hari, tanpa miss!

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS





Minuman sarang burung sayap walet ini sebaik-baiknya diminum pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur. Bagi ibu-ibu mengandung, perisa kurma adalah yang terbaik kerana selain membekalkan kalsium, ia juga adalah sumber tenaga paling pantas tanpa memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Ibu-ibu hamil memerlukan kalsium dua kali ganda dari biasa dan sekiranya tidak mendapat kalsium yang mencukupi, tubuh akan merasa letih, tidak sihat dan berkemungkinan mengalami anemia atau kekurangan darah.

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS





Satu fakta menarik tentang sarang burung sayap walet adalah ianya berasal dari cairan yang keluar bersama dengan air liur yang telah kering dan tidak bercampur dengan najis ataupun kotoran. 


Bolehkah kita memakan sarang burung sayap walet ini?


Di dalam satu kajian yang saya baca, tidak ada sebab untuk mengatakan sarang burung sayap walet tidak boleh dimakan kerana sarang itu terhasil dari air liur burung walet dan air liurnya itu adalah suci. Jadi tiadalah keraguan untuk menikmati kebaikan dan manfaat minuman sarang burung sayap walet ini.

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS





Maklumat lanjut dan pembelian boleh di dapati dalam 3 cara :


1. Facebook – Sayap Walet


2. Instagram – Sayap Walet


3. Website – Sayap Walet

Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS

Semoga bermanfaat!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *