Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin
Review Usahawan PeDAS

Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin

Tanjak atau tengkolok mula dikenali pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kalau kita tonton filem Tan Sri P. Ramlee bertajuk Hang Tuah, kita boleh nampak betapa segak dan gagahnya Sultan Melaka dan Hulubalang-hulubalang baginda Sultan memakai tanjak. Maka tak hairanlah apabila seorang usahawan mengusahakan Momazing PeDAS pembekal tanjak doorgift kahwin.

Momazing Enterprise, atau lebih dikenali sebagai Momazing merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan kraftangan, pakaian bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Selain membekalkan tanjak sebagai doorgift, Momazing juga menghasilkan tanjak-tanjak bersaiz kanak-kanak dan dewasa. 

Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin

Dulu-dulu, memang tanjak ni adalah sebahagian dari pakaian seorang lelaki Melayu. Tapi sekarang ni, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan juga digunakan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Bila saya buat research, rupa-rupanya tanjak ini berbeza mengikut pangkat dan darjat. Untuk keluarga diraja, ada beberapa jenis tanjak dan dipakai mengikut jenis-jenis majlis.  

Contohnya, Tanjak Cogan Daun Kopi. Tanjak ini dipakai oleh K.D.Y.M.M. Sultan Pahang. Bentuknya segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain adalah terdedah. Di sebelah depan tanjak, ada rekaan berbentuk bunga atau daun menghiasi bahagian tersebut.

Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin
sumber : Google

Setiap negeri di Malaysia juga ada jenis dan lipatan tanjaknya tersendiri. Tapi rasa saya, hanya kerabat diraja sahaja yang akan pakai tanjak ikut negeri masing-masing semasa majlis adat istiadat dan majlis rasmi diraja.

Sekarang ni, tanjak kiranya dah dimodenkan, ikut citarasa dan situasi zaman sekarang. Tanjaknya lebih ringkas dan kain yang digunakan juga bermutu tinggi, bukan sekadar terhad kepada songket sahaja.

Rujuk Cara-Cara Memakai Tanjak Kanak-Kanak dengan betul di sini.

Haaaa masa majlis persandingan, saya memang suka sangat tengok pengantin hahaha especially busana pengantin. Tapi sejak anak saudara saya pakai tengkolok semasa majlis perkahwinan, saya dah jatuh suka kepada tanjak ni.

Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin

Tanjak Momazing memfokuskan kepada rekabentuk tanjak warisan melayu yang telah di tambah baik sesuai dengan permintaan semasa meliputi semua peringkat umur.

Apabila tanjak dijadikan sebagai doorgift untuk tetamu di majlis perkahwinan, ianya amatlah menarik dan bersesuaian dengan tema raja sehari. Dahlah cantik, unik pulak tu. Memang akan menjadi buah mulut ramai tetamu lah sebab dapat hadiah yang cantik dari keluarga pengantin. Bila tetamu bertanya tentang tanjak ini, beritahu mereka tentang Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin ya!

Dah tak perlu buat apa-apa, tinggal letak kad Terima Kasih je. Mudah!

Apa yang istimewa tentang Momazing Tanjak Melayu Asli ini adalah setiap hasil kerja tangan tanjak mereka adalah berkualiti tinggi. Ini adalah untuk memastikan setiap pelanggan yang membeli tanjak ini berpuas hati.

Momazing PeDAS Pembekal Tanjak Doorgift Kahwin

Walaupun Momazing Enterprise beroperasi di Tanjung Malim, tapi jangan risau, tanjak boleh didapati secara ONLINE di :

Shopee – Momazingbabytailor

IG – @momazingbabytailor

FB – Momazing Store

Youtube – Momazing Store

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan team Momazing iaitu :

Zulqarnain – 0172997992

Sazarina – 01140217997

Baca mengenai Momazing pembekal tanjak melayu asli di sini.

Semoga bermanfaat!