MomazingTanjak Melayu Asli
Produk / Review

Momazing Tanjak Melayu Asli Usahawan PeDAS

Semasa majlis perkahwinan keluarga ipar adik saya, adik-beradik dan anak-anak saudara lelaki pengantin semuanya pakai tanjak. Alahai, cair Angah (panggilan mereka kepada saya – Mak Ngah) tengok Ahmad , Bain, Afgan pakai tanjak tau. Tapi Angah panggil tengkolok. Jadi, sejak majlis tu, saya memang suka tengok lelaki, dewasa atau anak-anak, pakai tanjak. Kali ini, saya nak bercerita tentang Momazing Tanjak Melayu Asli Usahawan PeDAS yang mengusahakan memartabatkan Tanjak Melayu Asli di mata dunia.

Momazing Enterprise ditubuhkan pada tahun 2019 merupakan syarikat bumiputera yang menghasilkan kraftangan, pakaian bayi dan kanak-kanak di Malaysia. 

Bekas jurutera dan perunding perkapalan minyak dan gas ini menjadikan minat dan hobi isteri dalam bidang jahitan kraftangan kepada sebuah perusahaan menghasilkan tanjak moden yang menjana pendapatan 100% dari rumah secara dalam talian menggunakan platform e-dagang.

Tanjak Momazing fokus kepada rekabentuk tanjak warisan melayu yang telah di tambah baik, sesuai dengan permintaan semasa yang meliputi semua peringkat umur.

~ Muhammad Zulqarnain Bin Zainuddin ~

Apa yang istimewa tentang Momazing Tanjak Melayu Asli ini adalah setiap hasil kerja tangan tanjak mereka adalah berkualiti tinggi. Ini adalah untuk memastikan setiap pelanggan yang membeli tanjak ini berpuas hati dan boleh memakai tanjak berulang kali untuk tempoh yang lama. Orang kata, berbaloi-baloi! Hahaha.

Dan mereka jamin bahawa tanjak Momazing ini adalah 100% HANDMADE buatan tangan yang menggunakan kain dan benang terbaik. Perghhh tak pakai mesin!

Paling best adalah tanjak Momazing ni tahan lasak, tak mudah rosak dan boleh dilaras mengikut saiz kepala si pemakai. Wahhh jimatnya sebab boleh pakai bertahun-tahun la ni.

Baca tentang cara memakai tanjak kanak-kanak di sini.

Pada pendapat saya, sebagai salah seorang peminat lelaki bertanjak walaupun husband saya hanya pernah pakai tanjak masa bersanding, tanjak atau tengkolok ni menjadikan seorang pemakai tu lebih macho, lebih bergaya, lebih lebih lagi kalau berbaju melayu. 

Trend pemakaian tanjak kini telah kembali dan semakin digemari oleh peminat fesyen yang menghargai nilai seni warisan melayu. Dan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 ini, tanjak Momazing ini juga boleh diolah untuk menjadi cenderamata kepada pelawat dari luar negara dan cenderahati untuk majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan.

Klik sini untuk mencari pembekal tanjak untuk doorgift majlis.

Selain itu, RAYA dah dekat. Bayangkan satu keluarga pakai tanjak Momazing ni, surely boleh viral gambar raya uols ni tau! Walaupun Momazing Enterprise beroperasi di Tanjung Malim, tapi jangan risau, tanjak boleh didapati secara ONLINE di :

Shopee – Momazingbabytailor

IG – @momazingbabytailor

FB – Momazing Store

Youtube – Momazing Store

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan team Momazing iaitu :

Zulqarnain – 0172997992

Sazarina – 01140217997