Review Usahawan PeDAS

Pakaian Muslimah Patuh Syariah Fatma Sofia PeDAS

Kali ini saya ingin menulis tentang satu jenis pakaian muslimah patuh syariah Fatma Sofia PeDAS yang mengikuti Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat di bawah kelolaan MDEC atau Malaysia Digital Economy Corporation. Pakaian muslimah yang terpilih kali ini adalah telekung solat. Hahaha yang ini memang perlu betul-betul patuh syariah agar solat kita sah dan diterima Allah Insyaallah.

Telekung solat yang dikeluarkan oleh Urduga Sofea yang menggunakan jenama Fatma Sofia ini mempunyai misi untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam bidang fesyen.

Baca tentang butik muslimah Fatma Sofia di sini.

Apakah perkara yang pelanggan cari semasa memilih telekung solat?

Antara ciri-ciri telekung solat yang berkualiti adalah telekung yang direka sentiasa mementingkan keselesaan. Selesa ni banyak bergantung kepada material dan design terutamanya pada bahagian muka. Biasanya material yang selesa ni adalah kain jenis kain kapas atau cotton, sometimes lycra pun ada yang selesa, satin pun ada yang sedap pakai, jadi pengeluar produk telekung perlu pastikan material apa yang paling sesuai. Design di bahagian muka juga sangat penting sebab kalau terlalu ketat, bila dah habis solat kita buka telekung, haaaaa habis berbekas muka kita. Kalau terlalu longgar, mudah terkeluar rambut dan terbuka aurat kita dah tak sah solat pulak. So mungkin kena ada design yang sesuai untuk muka lebar macam saya atau muka kecil macam Nealofa supaya dapat cater kepada 2 jenis pelanggan.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah

Ciri kedua terpenting dalam penentuan telekung berkualiti adalah praktikal. Praktikal ni bermaksud telekung tu senang dipakai dan mudah ditanggalkan. Kalau masa pakai tu ambil masa extra sebab kena adjust kat muka, lepastu kena ikat tali haaa yang itu saya tak suka sebab melambatkan kita nak solat. Hahaha selalu solat berjemaah dengan suami, lepas je iqamat, dia terus takbiratul ihram. So saya kena cepat-cepat sarung telekung dan berjemaah. Kalau telekung tu melambatkan saya, memang akan jarang pakai lah telekung tu.

Ciri ketiga adalah telekung ni tahan lama. Ada telekung yang saya beli, pakai seminggu jahitan pada getah di kain tu dan mula retas menyebabkan tali putih untuk ketatkan kain tu ternampak. Susahlah kalau masa kelam kabut sebab akan tersangkut dek tali tu.

Baca tentang jahit pukal pakaian Semenyih di sini juga.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah PeDAS boleh didapati menerusi :

Facebook – Fatma Sofia

Whatsapp – Fatma Sofia

Semoga bermanfaat!