Pakar Soya Fani Soy
Review Usahawan PeDAS

Pakar Soya Fani Soy Usahawan PeDAS

Air soya adalah antara minuman yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Tak kira waktu, memang sedap bila dapat minum air soya, lebih-lebih lagi kalau ada ais. Perghhhh time puasa, memang meleleh-leleh air liur tengok bungkusan air soya tu hehehe. Tapi saya pulak kurang suka dengan tau fu fah sebab kadang-kadang bau soya tu kuat sangat, so jaranglah saya makan tau fu fah. Kalau ke pasar malam, saya akan mencari penjual yang berbangsa melayu. Bukan saya rasis tapi saya lebih yakin dengan produk muslim. Sebab tu saya happy bila bertemu dengan pakar soya Fani Soy usahawan PeDAS atau Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat.

Pakar Soya Fani Soy

Kacang soya adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Kacang soya adalah legume berprotein tinggi yang ditanam sebagai makanan untuk manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun iaitu shoyu (kicap). [1]

Air kacang soya pula dikenal pasti berasal dari China, di sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya. Rakyat di sana telah menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan ditanam di Jepun. Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China pada 164 sebelum Masihi. Liu An juga dikatakan telah membuat sejenis produk dipanggil tauhu yang turut diperkenalkan di Jepun sekitar 900 tahun selepas itu.[2]

Terdapat banyak produk yang boleh dihasilkan dari kacang soya. Kacang soya dimasak dan diperah untuk dijadikan susu atau dipanggil air soya.

Pakar Soya Fani Soy

Tempe paling disukai dan menjadi kegemaran keluarga saya. Tambah lagi suami saya orang Jawa, memang makanan keturunan ni sampaikan saya pun sendiri terjebak! Bila balik Muar, memang memborong tempe yang dibungkus dengan daun apa entah masa dalam perjalanan balik KL.

Satu lagi makanan popular yang terhasil dari kacang soya adalah tahu atau tauhu atau tofu. Tohu boleh didapati dalam bentuk tahu keras, tahu lembut siap ada tahu busuk lagi hehehe.

FN Maju Enterprise telah memulakan bisnes mereka semenjak 9 tahun lalu yang berasaskan kacang soya. Dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman, Puan Noraini Ismail telah berjaya menjadikan Fani Soy bertambah maju. Dengan beradanya mereka di bawah program PeDAS, perniagaan mereka boleh berkembang dengan lebih pesat.

Walaupun terdapat pelbagai produk yang boleh dihasilkan dari kacang soya, FN Maju Enterprise hanya memfokuskan kepada pengeluaran dan penghasilan Air Soya, Tau Fu Fah dan Fucuk Tahu. Semua ini dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan tahan lebih lama apabila disimpan di dalam peti sejuk.

Produk-produk hasilan Fani Soy ini boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja terutamanya apabila kita di rumah. Kalau anak-anak kita demam dan tak ada selera makan, kita boleh gantikan dengan air soya dan juga tau fu fah. Sebab hasilan kacang soya ini memang tinggi dengan protein. Jadi walaupun tak selera makan atau minum, dengan air soya dan tau fu fah, kita masih ada tenaga dan boleh mempercepatkan kesembuhan.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Pakar Soya Fani Soy usahawan PeDAS?

Facebook jualan – Fani Soy

Whatsapp – Fani Soy

Alamat Kedai :

1 Jalan Mawar

Kawasan Perniagaan FELCRA Bukit Kepong

85300 Labis

Semoga bermanfaat!

Pakar Soya Fani Soy