Pembekal Door Gift Kerepek
Makanan / Review

Pembekal Door Gift Kerepek Usahawan PeDAS

Setiap kali saya menerima kerepek sebagai door gift perkahwinan, dan dapat pulak kerepek yang sedap, saya selalu tertanya-tanya di mana mereka memborong kerepek yang sedap ni. Dan sekarang ini, saya telah bertemu dangan Pembekal Door Gift Kerepek Usahawan PeDAS. Usahawan PeDAS ini adalah sekumpulan usahawan yang dinaungi dan dibimbing oleh MDEC, yang ditubuhkan pada tahun 1996. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ditugaskan untuk memacu Ekonomi Malaysia melalui Digital ke masa hadapan yang cemerlang.

Pembekal Door Gift Kerepek

MF Kerepek Mart, yang dipelopori oleh Tuan Mohd Arnizam bin Abu Bakar telah mula beroperasi sejak 2017 lagi. Misi perniagaan mereka adalah ingin melebarkan sayap MF Kerepek Mart ke serata Malaysia, dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

MF Kerepek Mart merupakan orang tengah yang memborong pelbagai jenis kerepek yang di ambil dari kilang-kilang bumiputera muslim. Apa yang menarik adalah mereka hanya mengambil stok-stok kerepek yang pastinya sedap sahaja. Hahaha sampai macam tu sekali. Mereka tidak akan memborong kerepek yang mereka rasa tidak diterima oleh pelanggan, jadi kita sebagai bakal pelanggan dah tak perlu risau sebab kerepek MF Kerepek Mart ni pastinya sedap-sedap belaka.

Pembekal Door Gift Kerepek

Oleh kerana mereka adalah pemborong, setiap pesanan pelanggan boleh di custom made atau di pek mengikut permintaan. Kata Mohd Arnizam, pembungkusan yang dibuat oleh mereka boleh bermula dari sekecil-kecil 50 gram sehinggalah ke bungkusan seberat 5 kilogram.

Setiap kerepek yang mereka borong dijamin bersih dan fresh, sehinggakan mereka memberikan jaminan bahawa sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti kerepek atau sekiranya kerepek-kerepek yang dijual banyak yang hancur atau sebagainya, mereka akan refund kembali bayaran pelanggan kerana mereka percaya akan kualiti produk MF Kerepek Mart. Dan bonus jika memborong dengan mereka adalah pelanggan akan mendapat Free Gift! Wow beli kerepek dapat hadiah percuma. Best nya.

Mohd Arnizan memaklumkan bahawa untuk door gift, mereka boleh membungkus dan menerima pesanan serendah RM1.00 sahaja!

Pembekal Door Gift Kerepek

Kiranya mudah dahlah untuk bakal pengantin dalam urusan door gift majlis perkahwinan. Pesan sahaja dengan MF Kerepek Mart, maklumkan kepada mereka jumlah bungkusan, berat setiap bungkusan, jenis kerepek atau makanan ringan lain yang diingini, dan bila dah confirm, buat bayaran dan tunggu sahaja kerepek door gift tu sampai kat rumah Mak Ayah hehe. Tinggal tampal sticker dan nota terima kasih je.

Kalau nak digabungkan dalam paper bag sebab ada door gift yang di sponsor oleh ahli keluarga, dah mudah lah sebab tak payah nak repack semula. Hmmm mudah sangatlah ni. Jimat masa dan tenaga kita sebagai pengantin yang mana lebihan ini boleh lah difokuskan kepada diri kita.

Baca Resepi Kerepek Pisang Rangup dari pengusaha kerepek di sini.

Mudah juga untuk ahli keluarga yang incharge untuk door gift ni. Saya bercakap ni dari pengalaman menguruskan empat majlis perkahwinan diri sendiri dan adik-beradik, belum termasuk dengan majlis perkahwinan sepupu-sepupu dan ahli keluarga lain.

Pembekal Door Gift Kerepek

Ini lah impian MF Kerepek Mart dalam memudahkan bakal-bakal pengantin menguruskan hal-ehwal door gift. Sekiranya berminat dengan MF Kerepek Mart, boleh hubungi mereka melalui saluran berikut:

Whatsapp – MF Kerepek Mart

Facebook – MF Kerepek Mart

Instagram – MF Kerepek Mart

Semoga bermanfaat!