Review Usahawan PeDAS

Pembekal Kambing Frozen Melaka Ansal Ternak PeDAS

Selalunya bila suami teringin nak makan kambing, saya akan pergi ke bahagian daging di pasar raya seperti Jaya Grocer, Village Grocer atau TESCO. Tujuannya adalah untuk membeli lamb shoulder yang telah diperap. Hanya ambil, timbang dan bayar. Tapi sebenarnya kambing perap tu tidaklah sesedap yang saya inginkan sehinggalah saya bertemu dengan Pembekal Kambing Frozen Melaka Ansal Ternak PeDAS.

Kambing perap keluaran Ansal Frozen & Trading ini mengeluarkan kambing perap dan juga sos perapan. Mempunyai sijil HALAL dari JAKIM, pembekal kambing frozen Melaka PeDAS ini juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sijil MESTI.

Baca tentang kambing perap Ansal Ternak di sini.

Apakah kelebihan kambing perap frozen Ansal Ternak?

1. Pasti sedap

Daging kambing yang diperap dengan lebih lama akan memberikan rasa yang lebih mendalam dan lebih sedap. Oleh kerana Ansal Ternak hanya menggunakan lamb iaitu daging kambing yang berusia kurang setahun, sos perapan yang digunakan akan lebih mudah menyerap ke dalam daging. Ditambah lagi dengan teknik sejukbeku, kambing Ansal Ternak memang confirm sedap!

2. Mudah disediakan

Satu lagi yang best tentang kambing perap Ansal Ternak adalah ianya mudah disediakan. Hanya perlu defrost dan terus panggang dalam oven, air fryer atau pemanggang ajaib.

3. Menjimatkan masa

Again, kita tak perlu buat apa-apa dah dengan kambing perap Ansal Ternak ni. Dah tak payah nak blend nak research resepi nak perap semua tu, jadi dengan adanya Ansal Ternak di dalam freezer kita, time-time yang mendesak seperti kita penat atau tak sempat nak masak atau kehabisan idea nak masak apa, kambing frozen ni memang penyelamat kita. Kita dah tak perlu tambah apa-apa bahan lain pun ke dalam kambing perap ni. Semuanya dah cukup dah.

Dari apa yang saya dapat korek, pelanggan Ansal Ternak ni sangat gemarkan sos lada hitam atau blackpepper sauce dan satu rahsia yang dipecahkan adalah mereka menggunakan kulit bawang putih untuk melembutkan daging kambing tu. Selain itu, 7 jenis rempah berkualiti tinggi juga ditambah kepada resepi sos perapan dan hm….rahsia itu tetap rahsia.

Baca tentang cara perap kambing bakar di sini.

Pembekal Kambing Frozen Melaka

Mana nak dapatkan Kambing Perap Ansal Ternak?

Facebook – Ansal Ternak

Instagram – Ansal Ternak

Website – Ansal Ternak