Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik Bloomer Queen
Produk / Review

Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik Bloomer Queen Usahawan PeDAS

Satu perkara yang paling saya suka bila balik rumah, setelah berpenat seharian bekerja atau kalau keluar hujung minggu, adalah rumah yang bersih dan WANGI! Dah lah bersih dan wangi, baju 2 gunung dah siap lipat dan makanan dah tersedia di dapur serta tandas dah berbau wangi. Hmmm tapi biasalah, angan-angan nak menjadi realiti ni macam susah sikit la. Hahaha gelakkan diri sendiri. Tapi memang ini impian kita sebagai seorang wanita kan? Tak kiralah yang bekerja 8 jam ataupun suri rumah yang kerjanya 24 jam 7 hari seminggu. Sebab itulah, bila saya menggunakan produk dari pengeluar pewangi rumah terbaik Bloomer Queen usahawan PeDAS di bawah kelolaan MDEC yang memfokuskan kepada platform E-Dagang, masalah rumah berbau hapak saya telah diselesaikan!

Satu perkara yang menarik hati saya semasa mula-mula gunakan Bloomer Queen adalah kualiti produk ini. Produk keluaran bumiputra ini setanding dengan jenama antarabangsa dan saya adalah antara orang yang membeli kerana brand! Dan saya sangat berpuas hati dengan produk dari pengeluar pewangi rumah terbaik Bloomer Queen usahawan PeDAS sebab dapat merealisasikan sedikit angan-angan saya untuk mendapatkan rumah yang berbau wangi.

Baca Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi di sini.

Founder kepada Bloomer Queen ini sangat memahami jiwa seorang wanita yang memerlukan bantuan dalam menguruskan rumahtangga. Sebab itulah beliau mengeluarkan satu produk yang boleh digunakan di sekitar rumah kediaman selagi ianya digunakan untuk fabrik.

Apakah jenis-jenis fabrik yang ada kat rumah? 

Langsir

– Langsir je ada kat sliding door, tingkap bilik master bedroom, tingkap bilik kedua dan ketiga atau lebih, langsir dapur, langsir kat ruang tamu.

Sofa fabrik

– At least ada 2 seater. Kusyen-kusyen.

Karpet

Karpet kat living hall. Ada yang letak kat dining hall. Kat bilik tidur.

Sejadah

Paling kurang ada 2 helai.

Cadar dan Comforter

Bantal dan Bantal pelok

Dan baju bajan setinggi gunung hahaha tu saya lah.Baju bergantung dalam almari. Baju dalam laci. Fuhhh banyaknya.

Tapi jangan risau, Bloomer Queen ni boleh dipakai untuk semua jenis fabrik Okay je takde masalah. Yang jadi masalah adalah apabila 1 botol pewangi fabrik ni tak cukup dan stok pulak dah habis kena order. Haaa tu masalah tu.

Baca tentang Pakar Hilangkan Bau Hapak di sini.

Pesan Puan Khalidah, sebelum kita mula melipat baju bajan kain seluar semua tu, semburkan sedikit Bloomer Queen pada baju-baju tu semua. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan rasa seronok melipat kain yang berbau wangi tiada lagi bau hapak.

Juga pesan beliau, semburkan sedikit lagi Bloomer Queen ke pakaian sebelum kita mula menggosok. Dan beliau berjanji yang pewangi rumah ini tidak akan meninggalkan kesan kepada apa jua fabrik. Pesanan akhir beliau adalah semburkan sedikit ke katil kita sebelum tidur. Insyaallah tidur kita akan lebih lena dan tenang disebabkan bauan yang diberi nama Fresh Dobi.

Di mana nak dapatkan Bloomer Queen?

Pertama, boleh dapatkan di Stokis-Stokis Bloomer Queen. Ini senarai stokisnya.

Shah Alam, Selangor
Rawang, Selangor
Kuala Kubu Bharu, Selangor
Hulu Selangor, Selangor
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tanjong Malim, Perak
Kampung Gajah, Perak
Ipoh, Perak
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Dungun, Terengganu
Gua Musang, Kelantan
Singapura
Brunei Darussalam

Kedua, di Facebook Bloomer Queen.

Ketiga, di Instagram Bloomer Queen

Keempat, di kedai mereka yang beralamat di :

PT 17035 Kedai dan Pejabat
Jalan Permai
35900 TANJONG MALIM

Whatsapp mereka di Bloomer Queen.

Semoga bermanfaat!