Khasiat Madu Kelulut Asli dari Trigona Bee Honey
Tips

Khasiat Madu Kelulut Asli Trigona Bee Honey PeDAS

Madu merupakan manisan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada jenis lebah madu manakala madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut yang digelar Miloponini iaitu lebah yang tidak mempunyai sengat. Antara bahan utama di dalam madu adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan anti-oksidan serta bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural. Madu kelulut asli pula mempunyai kandungan glukosa, fruktosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah daripada madu biasa. Khasiat madu kelulut asli Trigona Bee Honey PeDAS telah dibuktikan secara saintifik oleh bidang perubatan dan ianya telah menjadi sebahagian daripada perubatan purba.

Khasiat pertama adalah Mengubati Luka.

Seorang pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier menjalankan kajian dan mendapati bahawa madu lebah boleh menjadi agen anti-mikrobial yang boleh merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan yang berpunca dari bakteria.

Baca mengenai pembekal madu kelulut Perak di sini.

Khasiat kedua adalah Mengurangkan Demam.

Ibnu Sina, iaitu Bapa Perubatan Islam banyak membuat kajian tentang madu mendapati, madu boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat menghilangkan demam.

Khasiat ketiga adalah Membekalkan Tenaga.

Madu Kelulut mengandungi sebatian karbohidrat, protein dan pelbagai vitamin yang seimbang untuk membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari. Selain itu, khasiat madu kelulut asli Trigona Bee Honey PeDAS boleh diambil untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia boleh diminum terus, dicampur air kosong, lemon atau bawang putih.

Atau dimakan bersama roti, salad atau dimasukkan ke dalam masakan serta digunakan untuk menghasilkan produk lain seperti produk kecantikan, kesihatan serta makanan dan lain-lain lagi. Madu kelulut juga boleh disapu pada mana-mana anggota badan untuk merawat luka atau masalah kulit. 

Ikuti kisah Madu Kelulut Trigona Bee Honey di sini.

Madu kelulut lebih sesuai diambil ketika perut kosong dan disarankan menggunakan sudu plastik.

Akhir kata dari pengasas Trigona Bee Honey, Allahyarham Hj. Yusof bin Abdullah dan Hjh. Salhah binti Ramli,

Tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu, jika ada minat yang mendalam, pengetahuan yang luas, rajin berusaha dan tidak kenal putus asa, sesiapa pun boleh berjaya.

Khasiat Madu Kelulut Asli

Ada 4 cara untuk dapatkan Madu Kelulut keluaran FZ Agro Products and Services iaitu :

Cara pertama, dapatkan di kedai mereka yang beralamat di :

FZ Agro Products and Services, 

Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, Kubu Gajah,

34400 Semanggol, Perak.

Whatsapp : FZ Agro Products

Cara kedua di Shopee – FZ Agro Products and Services.

Cara ketiga adalah di FB – FZ Agro Products and Services.

Cara keempat adalah di IG – @fzagro.hq

Semoga bermanfaat!