Uncategorized

Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!

Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!


Hari tu Mak ada cakap, pokok pisang dah berbuah. Lama betul tunggu pisang ni berbuah. Rasa macam nak tebang je. Rupanya, nak keluarkan jantung je ambil masa 7-10 bulan. Lepas dah keluar jantung, kena tunggu 2-3 bulan lagi untuk buah pisang tu besar.

Setahun jugaklah tanam pisang ni baru dapat hasil. Ahkak tak sabar nak menunggu, tu sebab tak boleh jadi petani.

Buah pisang ni dah besar, cuma kena tunggu sikit lagi baru boleh potong. Tapi, tak sempat. Beberapa hari sebelum tu, hujan lebat sekali dengan angin. Agaknya buah pun dah berat, senang je la nak tumbangnya.

Kesian pulak tengok takde siapa nak kerjakan pisang ni. Jadi hari Ahad lepas, kami cancel hiking dan lepas breakfast kenyang-kenyang, kami pergi kebun.

Hahahaha, kebun depan rumah Mak je. Biasanya orang tanam pokok bunga kan, kali ni Mak taknak. Mak kata, kita tanamlah  pokok yang kita boleh makan, so kebetulan, ada kawan Mak bagi anak Pokok Pisang Serendah, terus Mak mintak tolong Abam Suami tanamkan.

Ini kali ke-2 kami makan hasil pokok pisang ni. Sedap jugak pisang ni buat pisang goreng dengan cekodok pisang.

Firstly, Abam Suami potong pisang tu selepas potong daun untuk buat alas. Dah tu, terus dia potong pokok pisang dan pecah-pecahkan anak pisang tu.


Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!


Dah tu, Abam Suami terus kecik-kecikkan dari setandan jadi beberapa sisir. Pandai dia potong, sesisir dapatlah dalam 10 biji. Rezeki saya dapat dia sebab saya ni besar kat KL. Memang tak reti. Tau makan pisang je. Hahahaha.


Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!



Ni anak pokok yang dah pecah-pecahkan. Banyak dapat, cuma yang ni siap-siapkan untuk Mak bagi kat kawan-kawan dia. Dapat 6 anak pokok.

Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!



Yang ni pulak, dah alang-alang pecahkan anak pisang ni, terus mintak Abam Suami tanam balik ikut kesukaan mata saya. Hahaha dapat isteri OCD ni macam ni lah. Tak sukalah pokok pisang tu kat tetengah laman, macam tak centre. Dah tu, anak-anak pisang tu kan tumbuh sekeliling mak pisang, lagilah sakit mata menengoknya.


Pisang belum masak, tapi pokok pisang dah TUMBANG!

Yang depan ni, pokok lama. Dialihkan sebab OCD. Yang lain tu, memang anak yang baru pisahkan. Susunkan bagi cantik. Ni semua Abam Suami buat.


Saya buat apa? Saya dok mencabut weeds atau rumpai yang hidup kat cecelah batu tu. Sambil tu jugak, buang pegaga yang menjalar penuh kat laman ni. Stress saya sebab banyak sangat!


Nampaklah sikit lawanya lanskap yang adik saya design untuk Mak. Cuma sekarang, saya aim nak buang semua pegaga ni dan letak rumput artificial supaya nampak cantik. Dah banyak kali tanam rumput, yang akhirnya di’takeover’ oleh rumpai. So, nak senangkan kerja saya, kita tanam rumput pelesu. Hahahaha.


Ni dah tanam semula ni, kena tunggu setahun lagi lah baru tuai hasil. Pasni, saya nak cuba tanam sayur pulak. Cepat sikit makan hasilnya. Doakan saya berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *