Uncategorized

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS

Sejak beberapa tahun lepas, burung walet menjadi sangat popular di Malaysia. Dengan saiz pasaran di Malaysia sahaja berjumlah RM1.5 Billion dan harga sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 sekilogram, Malaysia merupakan pengeluar sarang burung walet ketiga TERBESAR di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Nuras Secret Enterprise telah mengeluarkan produk Sarang Burung Walet Malaysia sebagai usahawan PeDAS atau Program E-Dagang Setempat di bawah MDEC.

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS





Di bawah jenama Sayap Walet, Nuras Secret Enterprise mengeluarkan minuman Sarang Burung Sayap Walet berperisa dengan 3 jenis perisa. Perisa yang dikeluarkan merupakan perisa yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu Laici, Durian Belanda dan Kurma.


Apabila ditanya mengapa Sayap Walet memilih Laici, Durian Belanda dan Kurma, Puan Nuraslina, founder dan pengeluar produk sarang burung walet memaklumkan bahawa 3 perisa ini adalah antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia dan sentiasa menjadi rebutan para pelanggan mereka.


Perisa Kurma merupakan kesukaan ibu-ibu mengandung kerana gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan ianya minuman yang sedap untuk dinikmati oleh wanita hamil.

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS





Kurma merupakan antara tanaman tertua di dunia dan terkenal sebagai superfood yang mengandungi pelbagai khasiat dalam meningkatkan tahap kesihatan. Bagi ibu hamil, kurma dapat membekalkan tenaga kerana tahap glukosa yang tinggi. Kurma juga yang tinggi kalium dapat membantu perkembangan bayi di dalam kandungan.


Selain Kurma, Sayap Walet memilih perisa Laici bagi minuman sarang burung walet mereka. Laici, atau nama saintifiknya Litchi Sinensis adalah buah yang berasal dari Selatan negara China, Selatan Indonesia dan Timur Filipina. Pokok ini mudah dibiak di dalam iklim sederhana dan pokok laici ini pokok yang rimbun. 

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS





Dikatakan sekiranya memakan buah laici segar, ianya mampu mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko diserang strok. Bagi yang sedang berdiet, buah laici segar mampu mengurangkan nafsu makan serta meningkatkan metabolisme dalam tubuh.


Durian Belanda juga menjadi pilihan Sayap Walet kerana kadar Vitamin C dan anti-oksidan yang tinggi. Ia juga kaya dengan karbihidrat dan fruktos yang akan memberikan tenaga sepanjang hari. Namun begitu, durian belanda kurang sesuai untuk ibu hamil.

Produk Sarang Burung Walet Malaysia Usahawan PeDAS





Minuman Sarang Burung Sayap Walet ini sangat bagus jika diminum pada waktu pagi iaitu sebelum sarapan dan juga sebelum tidur malam. 


Dimanakah Minuman Sarang Burung Sayap Walet boleh dibeli?


1. Facebook – Sayap Walet

2. Instagram – Sayap Walet

3. Website – Sayap Walet




Baca lanjut mengenai minuman sarang burung sayap walet di sini juga.



https://www.saudahsalleh.com/2020/02/minuman-sarang-burung-sayap-walet-pedas.html

Semoga bermanfaat!


  














Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *