Uncategorized

Rahim Auto dipilih sebagai Bahan Kajian Untuk Subjek “Strategic Marketing Management” bagi Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)

Rahim Auto dipilih sebagai Bahan Kajian Untuk Subjek “Strategic Marketing Management” bagi Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)

In November 2019, saya telah dihubungi oleh seorang kawan yang sedang menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan mereka memaklumkan bahawa mereka ingin menjadikan Rahim Auto sebagai sumber rujukan bagi paper Strategic Marketing Management.

Masa mula-mula tu saya rasa macam tak layak je but they insisted on this. Mereka ada idea yang sangat bagus untuk marketing tetapi mereka perlukan input orang industri.

Saya suka sangat approach mereka ini. Akademik dan teori sahaja tidak cukup untuk membentuk diri mereka sebagai seorang yang berpengetahuan, mereka perlukan sedikit input dari industri untuk melengkapkan ilmu tersebut. Teori + praktikal = ilmu yang bermanfaat.

Semasa sesi diskusi, ada beberapa idea yang mereka lontarkan itu bagus dan sesuai untuk kami di Rahim Auto Sdn Bhd. Ada yang saya rasa tak praktikal untuk dilaksanakan, namun idea itu boleh dikembangkan dan dilaksanakan.

Ada juga idea yang saya sendiri sebagai co-founder tak terfikir pun boleh buat, tetapi mereka memaklumkan, inilah perkara-perkara yang dicari-cari oleh pemandu wanita.


Rahim Auto dipilih sebagai Bahan Kajian Untuk Subjek "Strategic Marketing Management" bagi Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)
Semasa menunggu mereka. Lokasi pertemuan adalah di Starbucks TTDI

Rahim Auto dipilih sebagai Bahan Kajian Untuk Subjek "Strategic Marketing Management" bagi Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)
Si cantik dan Si hensem. Bijak-bijak mereka ni. Terasa Ahkak dah tua haha

Rahim Auto dipilih sebagai Bahan Kajian Untuk Subjek "Strategic Marketing Management" bagi Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)
Dapat hadiah Batik dari Elmie. Usahawan Coffee Cafe di Jakarta



Anyway, bila berbual dengan mereka, haish laaaa terasa tua dah Ahkak ni. Lepastu teringin nak sambung belajar pulak, tapi terasa kurang rajin pulak. Hahaha. Tapi let’s be realistic, 2020 ni nak fokus pada bisnes dahulu. Tapi manatau perancangan Allah lain pulak. Tetiba kaya banyak duit ada banyak masa terluang, jadi boleh sambung belajar kan?


By this time, mereka dah selamat present paper pada lecturer dan dah abis pun final exam mereka. Semoga semuanya berjaya mendapat A+ dalam subjek ini dan dapat gunakan ilmu yang bermanfaat ni selepas ini. Ameen.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *