Uncategorized

Red’s Corner Western Restaurant di Seksyen 13 Shah Alam



Red’s Corner Western Restaurant di Seksyen 13 Shah Alam

Ada satu hari ni, tetiba ada rasa nak makan PASTA dan CHICKEN CHOP. Tapi takmau order 2 pinggan sebab nanti tak habis. Kalau saya order Pasta dan husband order Chicken Chop, memang jawabnya saya tak dapat rasa pun Chicken Chop tu hahahaha. Okay, maybe dapat 1 bite je sedangkan saya nak the whole thing!. Google sana sini, takde pun western restaurant yang hidang 2 jenis ni dalam 1 pinggan. Ni sekitar Shah Alam laa sebab saya kat Shah Alam. Bila dah tak jumpa, dah macam “Takpelah. Maybe nanti beli Chicken Chop pastu masak sendiri Alfredo senang tu”. Tapi sebab husband pun nak makan western, so kami pun pergi lah ke Red’s Corner Western Restaurant di Seksyen 13 Shah Alam.

Restoran ni kat sebelah Pak Li Kopitiam kat Seksyen 13 ni. Yelah, Seksyen 13 ni besar, ada 4 area besar, so lagi spesifik lagi senang nak cari.

Pernah datang sini sebelum ni, jadi bila carik western food je kami terjah sini. Dannnn yang bestnya bila tengok buku menu tu, ada PASTA with CHICKEN CHOP!

Bahagia peyut Ahkak ni. So saya order Fettucini Alfredo with Chicken Grilled and Mushroon Sauce. Lita boleh pilih jenis pasta, cara masakan dan juga sos untuk Ayam. Untuk hidangan ni, disertakan seklai Coleslaw dan Baked Beans.


Red's Corner Western Restaurant di Seksyen 13 Shah Alam


Husband pulak teringin nak Chicken Chop with Black Pepper Sauce. Bestnya hidangan ni adalah dapat fries. Dan saiz Chicken Chop tu besar. Nampak macam terlebih garing kan? Tapi surprisingly, moist dan tender isinya. Hanya tepung gorengan tu je nampak crispy.


Red's Corner Western Restaurant di Seksyen 13 Shah Alam





Puas betul hati saya bila dapat yang yang dok teringin dan teringat ni. Next time boleh repeat lagi.


Ini alamat Red’s Corner Western Restaurant:



4, Jalan Balapan 13/32Tadisma Business Park40100 Shah Alam
 013-207 0714

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *