Review Usahawan PeDAS

Resepi Biskut Kelapa Legend Rasso Tanjong PeDAS

Biskut kelapa ni adalah salah satu kenangan saya semasa berpuasa. Ini kerana Mak akan membakar biskut kelapa ni pada hujung minggu terakhir bulan Ramadhan dannnnn kami tidak dibenarkan menyentuh dan memakannya sehinggalah Hari Raya pertama! Haha perlukan kesabaran yang tinggi ya untuk tidak makan biskut kelapa tu. Saya kongsikan resepi biskut kelapa turun-temurun yang saya rasa hampir menyamai resepi biskut kelapa legend Rasso Tanjong PeDAS ni.

Biskut kelapa ni, teksturnya adalah rangup di bahagian luar tetapi lembut dan kenyal atau chewy di bahagian dalamnya. So, bila makan tu, seakan-akan kita makan biskut coklat cip yang famous tu. Biskut kelapa ini juga penuh dengan rasa kelapa yang berlemak dengan bau yang sangat menggiurkan, terutamanya pada bulan puasa ni kan?

Dari segi tekstur biskut kelapa ni pulak, disebabkan resepi ini menggunakan banyak kelapa, jadi biskut ni akan ada tekstur rangup tetapi masih lagi kenyal atau chewy. Yang penting, kena buat double batch sebab biskut ni sekali makan memang tak boleh berhenti. Sebab sedapnya dan boleh menyebabkan ketagihan hehehehe.

Resepi ni boleh diubahsuai jika mahukan biskut kelapa yang lebih lembut. Hanya kurangkan jumlah telur yang digunakan, daripada 2 biji telur kepada 1 biji telur dan 1 biji kuning telur. Tepung pun kena kurangkan 1/4 cawan supaya ngam dengan jumlah telur tadi.

Untuk yang sukakan kelapa, boleh kekalkan amaun kelapa yang digunakan. Tapi kalau tak berapa suka, boleh kurangkan sedikit amaun kelapa tu, gunakan di antara 1 cawan ke 2 cawan kelapa tanpa ubah apa-apa lagi dalam resepi ini.

Resepi Biskut Kelapa Legend

Bahan-bahannya :

2.5 cawan atau 350 gram tepung serbaguna (all purpose flour)

1 sudu teh baking soda

3/4 sudu teh garam

1 cawan atau 225 gm mentega (butter)

3/4 cawan atau 150 gm gula perang

3/4 cawan atau 150 gm gula pasir

2 biji telur

1.5 sudu teh ekstrak vanila

2 cawan kelapa kering dengan 1/4 cawan ekstra untuk salut jika suka

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius.

2. Dalam 1 mangkuk berasingan, satukan tepung, baking soda dan garam. Gaul sampai sebati.

3. Dalam mixer bowl, pukul butter selama 1 minit sehingga creamy. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir dan teruskan memukul selama 3 minit sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Pecahkan telur, sebiji demi sebiji dan masukkan ekstrak vanila juga. Kemudian matikan mixer dan masukkan tepung serta kelapa kering. Gaulkan dengan tangan sehingga sebati. Jangan terlebih pukul, nanti biskut keras.

4. Bentukkan adunan menjadi bola kecil, boleh gunakan ice cream scoop kalau sukakan keseragaman (sayalah tu hehe). Boleh tekan sikit biskut tu untuk leperkan sebab biskut ni tak berapa mengembang bila dibakar. Adakalanya saya biarkan je bulat-bulat lepastu salut dengan kelapa kering. Kadang kala saya buat leper sebab senang nak simpan.

5. Masukkan dalam dulang pembakar dan bakar selama 9 – 12 minit sahaja. Jangan lama sangat sebab nanti terlebih bakar, biskut jadi keras.

6. Sejukkan sebentar atas wire rack lepastu simpan dalam bekas yang kedap udara.

Tapi kalau tak mahu bake sendiri selepas membaca perkongsian Resepi Biskut Kelapa Legend Rasso Tanjong PeDAS, pesan sahaja dengan mereka ini.

Facebook – Rasso Tanjong

Instagram – Rasso Tanjong

Alamat Rasso Tanjong – B3 Bengkel MARA Sri Kendong, 71350 KOTA, Negeri Sembilan

Bacaan lanjut tentang Biskut Lutut Rasso Tanjong dan Biskut Lutut Tradisional Sedap ada di sini.