Review Usahawan PeDAS

Resepi Oden Menggunakan Fishball Keluaran Bumiputera Aini Pinky PeDAS

Peminat Oden Family Mart sila angkat tangan! Yeahhh oden ni tak boleh start, memang nak makan setiap hari. Tapi tu saya lah. Masa oden tengah famous, barisan yang beratur tu memang panjang, dan paling menyampah bila dah sampai turn kita, apa yang kita nak tu dah habis. Dan saya ada masalah sikit bila apa yang saya nak tu habis, saya perlukan masa untuk fikir dan buat keputusan apa yang saya nak pesan kali kedua. Cuba juga siap-siap pilih menu kedua sebagai back-up tapi nanti tak jadi juga. Sama ada terorder menu back-up (hahaha) ataupun pi order menu lain. Jadi saya kongsikan Resepi Oden Menggunakan Fishball Keluaran Bumiputera Aini Pinky PeDAS. Buat sendiri baru puas hati!

Resepi Oden Menggunakan Fishball Keluaran Bumiputera dari Aini Pinky Food

Oden adalah satu jenis makanan nabemono atau One Pot Dish yang sangat terkenal di Jepun. Oden terdiri daripada beberapa bahan iaitu telur rebus, fishball, lobak putih, konjac yang dimasak di dalam kuah yang dipanggil dashi iaitu stok ikan dan ditambah dengan sos soya sebagai perasa.

Baca mengenai Makanan Frozen Halal keluaran Aini Pinky Food di sini.

Tetapi Oden Family Mart telah diubahsuai mengikut citarasa rakyat Malaysia dengan 2 pilihan kuah iaitu kuah tomyam dan kuah biasa, dan sekarang ini ada perisa kuah baru iaitu kari. Apa yang saya kongsikan ini adalah Resepi Oden Menggunakan Fishball Keluaran Bumiputera dari Aini Pinky Food keluaran 100% Muslim Bumiputera.

Bahan-bahan Oden :

Fishball – pilih dari keluaran bumiputera Aini Pinky Food
Sotong Ball 
Shrimp Ball
Meat Ball
Chicken Ball
Fucuk keping
Jagung batang
Ketam Ball
Udang
Telur Rebus/Telur Puyuh
Udon/Mee/Mee Hoon

Baca Fish cake halal keluaran Bumiputra di sini.

Bahan-bahan Kuah Oden :

2 peket Pes Tomyam
2 peket Pes Asam Pedas
1 liter Air
Gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Semua fishcake, fishball, chicken ball dan lain-lain di cucuk menggunakan batang lidi. Kalau takde lidi, boleh gunakan toothpick, cumanya boleh cucuk sebiji setiap toothpick je la.

2. Rebus air sampai mendidih.

3. Masukkan Pes Tomyam dan Pes Asam Pedas.

4. Masukkan gula jika terlalu pedas. 

5. Tambah air jika suka cair.

6. Tambah jus limau Jika suka masam.

7. Bila kuah tu dah sedap dan menepati citarasa, masukkan semua bahan-bahan lain.

8. Hidangkan dan jemput makan semasa tengah panas-panas.

9. Best bila musim hujan ataupun bila waktu kita sibuk tapi kita tetap nak masak untuk keluarga kita.

Mana nak dapatkan produk-produk makanan frozen Aini Pinky Food usahawan PeDAS ni?

Ada 4 cara untuk mendapatkan produk makanan frozen Aini Pinky Food ;

Whatsapp – Aini Pinky Food

Facebook – Aini Pinky Food

Instagram – Aini Pinky Food

Website – Aini Pinky Food

Semoga bermanfaat!