Review Usahawan PeDAS

Resepi Roti Kering Homemade dari Shahrinie PeDAS

Selepas majlis persandingan kami sebelah suami di Muar, bila dah beberapa hari duduk kat rumah, suami saya ajak saya ke Parit Yusof, Muar. Saja nak jalan-jalan, boring dah duduk rumah. Di Parit Yusof ni, ada beberapa lorong kedai-kedai kecil yang jual macam-macam benda yang menggembirakan hati saya. Hahaha yelah saya membesar di ibu kota, kedai-kedai macam ni takde di kawasan saya membesar, jadi bila jumpa memang excited saya membelek barangan. Dan pada masa itu, saya terjumpa dengan roti kering gula yang berwarna kuning tu. Saya teruja sebab roti gula ni makanan kegemaran Tok Bak saya. Tok Bak suka makan roti gula ni dengan kopi o pekat manis yang panas. Cicah je roti gula ni dan cepat-cepat masukkan dalam mulut. Setiap kali balik Muar, memang akan bawa balik beberapa bungkus roti gula untuk bekal minum petang kat office. Atau roti gula ni sangatlah heaven bila digandingkan dengan Kopi O Kaw panas-panas masa hujan pulak tu. Fuhhh nikmat betul. Apa yang menarik adalah roti gula ni senang je nak buat. Saya kongsikan Resepi Roti Kering Homemade Shahrinie PeDAS yang saya dapat dari pengasas Shahrinie Food Industri iaitu Tuan Mior Haziq Adli bin Mior Shahrin.

Resepi Roti Kering Homemade

Baca tentang biskut kelapa asli Shahrinie di sini.

Resepi yang saya dapat ini sangatlah senang. Bila ada banyak roti yang tak sempat habis dan dah expired, selain dari buat breadcrumbs, boleh juga dibuat roti kering macam ni. Jimat dan mudah tapi paling bagus bila anak-anak dan suami dok berebut-rebut makan biskut ni masa minum petang. Puas hati dia satu machiam kan?

Okay ini Resepi Roti Kering Homemade PeDAS.

Bahan-bahannya :

Roti sandwich

Planta atau marjerin

Gula

Ingin menempah doorgift biskut kelapa Perak? Klik sini.

Cara-caranya :

1. Potong roti mengikut kesukaan hati kita. Ada yang suka segi empat, ada yang suka dipotong stail jejari, ada yang suka segi tiga.

2. Kemudian sapukan Planta atau marjerin ke atas roti yang telah dipotong tadi.

3. Taburkan gula sebanyak yang disukai ke atas roti yang yang disapu marjerin.

4. Susun roti ini ke atas dulang bakar dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit.

5. Keluarkan dari ketuhar, dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

6. Buat kopi O pekat panas-panas dan makan bersama roti kering gula ini.

Jika sukakan biskut kelapa asli yang sedap, boleh pesan di sini.

Facebook – Shahrinie Food Industries

Instagram – Shahrinie Food Industries

Whatsapp – Shahrinie Food Industries

Alamat Kedai – Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600 Kuala Kangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *