Review Usahawan PeDAS

Resepi Taufufah Air Soya dari usahawan PeDAS

Taufufah merupakan satu pencuci mulut yang terkenal di kalangan kaum Cina tetapi memandangkan kita ni hidup di bumi Malaysia yang berbilang bangsa, taufufah juga menjadi terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya gemarkan taufufah, apa kata kita buat sendiri di rumah menggunakan resepi taufufah air soya dari usahawan PeDAS iaitu Puan Siti Jamilah yang mengusahakan perniagaan produk-produk berasaskan air soya berjenama Fani Soy.

Resepi Taufufah Air Soya

Baca tentang Air Soya Sedap Pagoh di sini.

Sedikit perkongsian tentang taufufah atau nama asalnya Duofuhua yang merupakan snek yang dihasilkan dari taufu yang lembut. Dikatakan taufufah dibuat bermula dari zaman Dinasti Han dan sejak dari itu, mereka telah mengembangkan dan memperkayakan resepi-resepi taufufah berdasarkan citarasa mereka sendiri.

Di Malaysia, orang Kantonis memanggilnya taufufah tetapi di Pulau Pinang, taufufah lebih dikenali dengan nama tau hua kerana orang-orang Hakka lebih ramai di Pulau Pinang.

Biasanya taufufah dihidangkan bersama air gula putih, dengan buah ginkgo yang dimasak sekali dengan sirap gula. Ataupun juga dituang sirap gula yang dimasak dengan pandan. Paling famous, ia dihidangkan dengan sirap Gula Melaka.

Jom baca Resepi Taufufah Air Soya dari usahawan PeDAS ini.

Bahan bahan

150 gram kacang soya

1 liter air 

1 1/2 sudu besar tepung jagung *

1/2 sudu kecil tepung sekko / GDL ( glucono delta lactone )*

1/2 cawan air *

2-3 helai daun pandan

Cara cara:

1. Rendam kacang soya dalam 4 ke 5 jam. Jangan lebih dari 6 jam untuk mengelakkan taufufa mudah berair.

2. Selepas direndam, ramas seketika kacang soya untuk asingkan kulit kacang soya.

3. Basuh kacang soya tu dan buang mana-mana kulit yang tertinggal. Kemudian blend dengan 1 liter air. Tapis guna penapis kain.

4. Masak air soya bersama daun pandan sehingga mendidih.

5. Sementara menunggu air soya mendidih, satukan bahan-bahan yang bertanda *.

6. Bila air soya dah mendidih, masukkan dalam bekas bertutup atau kedap udara. Cepat-cepat tuang bahan yang bertanda (*) kemudian kacau seketika sampai sebati. Tutup bekas tu betul-betul.

7. Biarkan selama 1/2 jam. Bila dah keras, dah boleh makan. Kalau tak suka bahagian atas yang berlubang-lubang tu, boleh dibuang.

Ingin tahu tentang Pakar Soya Fani Soy, klik sini.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Pakar Soya Fani Soy usahawan PeDAS?

Facebook jualan – Fani Soy

Whatsapp – Fani Soy

Alamat Kedai :

1 Jalan Mawar

Kawasan Perniagaan FELCRA Bukit Kepong

85300 Labis

Semoga bermanfaat!