Uncategorized

REVIEW 2018

REVIEW 2018

Tahun ini merupakan tahun yang menarik. Ada banyak cerita sedih, namun banyak juga cerita gembira dan menyenangkan. Jom saya nak review tahun 2018 saya ni.

Jan 2018

1. Happy Birthday to ME!

2. Happy Birthday to my husband.

3. Happy Birthday to my sister, Nana.

REVIEW 2018



Birthday celebration tak beria sangat sebab sedih, dah takde dengar suara Ayah wish Selamat Hari Lahir dan doa-doa yang Ayah akan baca. Tapi still, husband ajak jugak celebrate so saya teringin nak makan Fish & Chips kat Manhattan Fish. Okaylah dapat spend masa berdua dengan husband. 



Sejak Ayah sakit, kami memang pindah ke rumah Mak Ayah. Lebih dekat dengan PPUM dan lebih senang nak pergi nak balik nak tidur. Odah masih tak boleh tulis tentang Ayah, so hopefully dapat jugak coretkan buat kenangan.


Dan disebabkan masa ni Mak masih dalam eddah, jadi memang tak mana sangat. But yang bagusnya, banyak spend masa dengan Mak! Yelah, dah duduk berdua je waktu siang, memang dengan dia je lah. Kami banyak spend time tengok TV sama-sama. Rumah kitorang kat Shah Alam tu mana ada Astro, jadi bila duduk rumah Mak, memang syoklah tengok TV. Masa ni dah start ada HGTV Channel tu, sampai sanggup mintak adik tambahkan dalam pakej. Odah siap bayar extra charge yang RM10 tu. Bahahaha.

731 tu memang banyak cerita pasal Home Renovation. Dah nama Home & Garden Television kan, memang tu je lah pun. My Favourite adalah Property Brothers, Brother vs Brother, Love it or List It, Rehab Addict, apalagi ek dah tak ingat.

732 tu pulak favourite Mak. Ni Crime & Investigation Channel (CI), banyak cerita tentang penyiasatan jenayah. Memang Mak sukalah. Odahtak suka sangat, sebab nanti dok cuak je semacam dok teringat kat cerita tu.


Feb 2018

Bulan ni start join group eat clean. Ini group online support yang bagus sangat. Tapi Odah tetap gagal nak ikut apa yang mereka ajar. Tapi bagusnya, menu menu mereka sedap dan best, cumanya entahlah, rasa terseksa nak ikut program ni. Program ni cuma 21 hari je, memang ada penurunan dalam berat, but for me, lepastu NAIK balik sebab tak maintain.

Februari ni Birthday Ayah dan Mak. Ni first time celebrate birthday Mak without Ayah and Ayah’s birthday without Ayah. Celebration macam biasa jugak, cuma tak keluar pergi memana.



Mac 2018

Haaaaaa Mac ni excited sikit sebab Mak dah habis eddah. Dannn kami promise nak bawak Mak pi Melaka. Kenapa Melaka? Sebab nak makan. Huwaaaaa macam mana lah nak berjaya dengan diet? Asyik fikir pasal makan je.


  

REVIEW 2018




Stay kat Ibis Hotel. Memang best hotel ni, membuatkan kami banyak lepak je. Gerak dari KL terus lunch. Then pergi Masjid solat Jamak then check-in hotel. Lepak dan tidur hahaha. Malam pergi makan Naan famous kat Melaka tu.

Breakfast kat hotel, then relaks je sampai check-out time. Kemudian pergi solat kat Masjid Melaka lepastu pergi cari Klebang Coconut Shake. Lalu pulak Tengkera, pi makan Mee Sup Tengkera dengan Popiah Basah yummmmmm sedap.

Then terus balik KL. Kami pergi bertiga je, all girls sebab husband ada team building kat PD, so kami pi Melaka.

Mac ni pun, Odah join BNI Spektra untuk lonjakkan bisnes tahun ni. So aktiviti hari Rabu ni concentrate pada BNI.


REVIEW 2018





Mac ni pun start #CEOBooster Program. Workout ala-ala Jom Kurus 1 Malaysia. Every Isnin dan Rabu malam memang akan berpeluh-peluh badan. Tapi lepastu, lepak mamak bahahaaha. Sebabnya sebelum workout, memang tak makan. So akan lapar giler. Kalau makan, kena sebelum jam 4pm. Lunch 1pm, memang tengah kenyang masa jam 4pm. So memang tak makan la dinner.



Mac ni pun, first time HIKING! Kesian Odah ketinggalan zaman. Bila join #CEOBooster ni, ramai kawan kan, so dorang laaa dok ajak gi hiking. Masa ni pergi Setia Alam Trail. 6.30am dah terpacak sana, buat warm-up kejap, terus start jalan. Uish semput gakkk walaupun dah start workout. Tapi akhirnya berjaya jugak habiskan hiking sampai puncak.



REVIEW 2018



REVIEW 2018



April 2018



Terima lawatan dari kawan-kawan BNI Spektra. Bagusnya BNI ni adalah semua businessman adalah genuine. Maknanya memang semua buat bisnes yang hakiki, yang telah disahkan oleh comittee. Memang tulen dan ini adalah antara sebab Odah join BNI Spektra.



In April, ada Annual Dinner untuk BNI Solusi. Tema yang mereka pilih adalah HAWAIIAN. Masa memula dapat tarikh tu, kami plan tak balik KL pun sebab nak spend masa lebih sikit dengan family Muar. Tetiba husband decide nak join Dinner. Apalagi, terus ke H&M carik baju. Nasib baik tengah summer kan, senang la carik. Dari hanger, pi bayar terus tukar terus kat toilet. Hahaha gigih sungguh. Dapatlah dia Finaist Best Dress for that night.



REVIEW 2018



In April, second time hiking. Kalini kat Bukit Gasing. Tapiii yang ni memang mintak nyawa betul. Dorang bawak naik ikut traik yang susah! Yang kena naik banyaakkkk tangga tu. Sakit lutut, last-last kami naik ikut trail je. Lagi cepat sikit laaa sebab kalau ikut tangga, dia dah tangkap kat lutut sudahh.



REVIEW 2018







Masa ni pun dapat job review Buffet Ramadhan. Memang siksa sebab tengah Program Booster, so memang kena jaga makan kan. Tapi kalau food review, kita tak makan, macam mana nak review kan? So makan jugak, but jaga portion. Nasi memang tak makan kalau buffet style, sebab nanti kenyang sangat. Kiranya macam makan lauk je la.



REVIEW 2018





Mei 2018



Start Ramadhan. Again first time Ayah takde, so rasa sunyi sikit la. Biasanya time Ramadhan, kami akan berkumpul hari Sabtu untuk berbuka puasa. Tapi kalini, kami teruskan jugak. Odah memang duduk dengan Mak, so Hari Ahad je kami berbuka sendiri.



Ada jugaklah kami berbuka kat luar dengan kawan-kawan, tapinya kena on weekend je sebab kesian kat Mak. Kalau tak, Mak berbuka berdua je dengan Adik. Ajak jugak Mak berbuka puasa sekali, tapi Mak taknak, Mak tak selesa sangat. Kami faham dan respect her decision.



Ini dengan BNI Spektra. Masa ni Odah menang Best Dress.



REVIEW 2018





Ini pulak dengan kawan-kawan lama yang kenal sejak 2012. Semua ni business owner jugak, so dah lama tak jumpa dan kalini menjadi plan reunion kami ni.



REVIEW 2018



Oh masa Ramadhan ada tragedi. Lupa pulak. Masa tengah goreng keropok lekor, tetiba keropok tu meletop! Time ni pulak, time nak angkat keropok tu pulak, jadinya memang tangan dekat sangat dengan kuali, so minyak memang kena kat jari-jari kanan. Huisssshhhh perit giler. 



Esoknya terus bengkak dan gelembong. 



REVIEW 2018





Dahlah hari Ahad, jadinya takde klinik yang bukak. Terus tanya kawan Pharmacist, dia suruh beli MEBO cream kat farmasi. Bila Isnin pergi klinik, doktor puji sebab letak MEBO cream ni. Tapi sebulan jugak la tangan berbalut. 



REVIEW 2018





Dari Ramadhan hingga habis Syawal, memang berbalut je jari sebab kalau tak balut, akan terlupa yang tangan ni melecur. Ada sekali tu, terlupa nak balut dan pergi TESCO beli barang, punyalah angkat barang sampai terkoyak kulit tu. Aduuuuuuh sakitnya macam kena siat kulit tu, bila letak MEBO Cream tu sampai terjerit sebab lagi sakit dari sebelum ni. Haaaa lepastu terus beringat untuk sentiasa letak ubat dan balut luka.



Masa ni jugak, Odah kena buat Business Showcase Presentation di mana, kena present untuk dapatkan sasaran target customers Rahim Auto.



REVIEW 2018





Eh banyak juga happening masa Ramadhan ni. Kami dapat masuk AKHBAR SINAR HARIAN! Ini memang perkara paling best tahun 2018. Gambar bawah ni Behind The Scene ni.



REVIEW 2018



Masa Ramadhan ni, kami pun join Booster Raya. Semangat giler nak kuwus untuk Raya, makanya ada disaster masa Raya pertama tu. Baca kat bawah ni.




Jun 2018


Raya datang lagi. Raya kat PJ kali ni, memang terasa Ayah takde laa. But still Alhamdulillah, Mak masih ada, so kitorang celebrate je macam biasa. Second day baru balik Muar. 



Masa ni, baju raya kami jadi bermasalah. Besar sangat baju memasing. Bayangkan kain ni kena guna safety pin untuk kekalkan kain tu supaya tak jatuh. Kain tu berlapis-lapis, so dia macam berat. Jadi walaupun dah pinkan kain, still jatuh jugak. Kejap-kejap kena tarik kain tu ke atas. Hahaha kelakar tau masa ni. Baju pun jadi besar sangat, dah macam baju pinjam jugak. Tengoklah gambar bawah ni, senget kain tu sebab pakai pin. Baju tu longgar la. Tapi rindu dengan saiz badan sebegini! Hahahaaha.





REVIEW 2018





Masa Syawal ni jugak, BNI ada anjurkan event Raya Extravaganza. Kiranya semua chapter berbahasa melayu bergabung dan sambut Raya bersama. Masa ni best sebab orang semua pakai Baju Melayu Baju Raya, tapi kami Ladies di Spektra dok sibuk pakai KIMONO. Hahaha saje je buat kelainan.



REVIEW 2018







Best jugak sebab untuk persembahan chapter, Odah terpilih untuk menyanyi dengan 3 orang lain.



Dulang berkait sulaman tangan Buang jerami berikat rotan
Dulang berkait sulaman tangan Buang jerami berikat rotan






Memang meriahlah sambutan kalini. dapat jugak mengubat hari yang sedih but life must goes on kan…





Julai 2018



Masa ni musim durian, so ada kawan yang ada dusun durian, so dia ajak ramai-ramai pergi dusun ambik durian.





REVIEW 2018







Ogos 2018



Main bowling setelah sekian lama tak main. Dannnnn result pun kelaut sebab dah tak ingat dah bola apa, macam mana nak swing semua lupa dah *faktor usia. Hahaha.



REVIEW 2018







September 2018



September pulak Odah ke Singapore. Dengan travel company kawan yang sesama di BNI Spektra.



REVIEW 2018



Dan tak lepaskan peluang beli Starbucks Coffee kat Singapore. Tapi silalah jangan convert sebab boleh rasa terceckik. Ini pun setelah beli dan bayar, baru terperasan harganya yang Wow. Haahhaa. Tapi sebabnya masa tu Singapore panas sangat, tak tahan betul  rasa. So bila nampak je Starbucks ni, terus je laju beli.



REVIEW 2018





September jugak ada Annual Dinner untuk BNI Spektra. Kalini bertema Rock & Roll. Ingah memula nak pakai ala-ala Marilyn Monroe, tapi tak sempat nak carik baju. So just pakai je apa yang ada. Yang baru pun cuma bandana je hehehe.



REVIEW 2018





September ni pun celebrate birthday 2 orang adik. Birthday dedekat, so sambutlah bersama. Celebrate kat Cyberview Spa & Resort, Cyberview.



REVIEW 2018



Then ada tolong kawan kat Program WISE by MARA Selangor. Dapatlah asah skil expaination pada guest. Best jugak la and a great experience.

REVIEW 2018


Oktober 2018

Kami berdua pergi BEKAM kat Seksyen 9 Shah Alam. Okaylah sebab bersih dan selesa kat sana. Boleh repeat lagi nanti.


REVIEW 2018





November 2018

Attend BNI National Award dan bertemu mata dengan Dr Ivan Misner, founder untuk BNI yang terkenal di seluruh dunia dengan transaksi bisnes adalah sebanyak RM9.0 billion! Seronok laaa dapat bertemu dengan businessman seluruh Asia datang Malaysia.

REVIEW 2018

Then Odah kena buat Business Showcase Presentation lagi untuk fahamkan member BNI tentang bisnes Odah.

REVIEW 2018


Then dapat tahu kawan Odah nak kahwin! Kalau dah jodoh kan, cepat je. Jumpa bulan Ogos, November dah selesai. Tahniah Kak Ita dan husband.


REVIEW 2018





Disember 2018



Last day of 2018. Biasanya kami pergi tengok wayang, tapi kalini kami pergi makan Nasi Arab. Hehehe jumpa orang yang baru balik Umrah.



REVIEW 2018





Dahtu dapat pulak hadiah jauh dari Negara Arab. Minyak Oud dengan muffler dan jugak planner dari Flexis Print. Cantik betul planner. Doakan Rahim Auto dapat tingkatkan profit.









Kami jumpa kawan di KUEH Seksyen 13. Nanti kena repeat dan buat review. Sedap makanan yang kami makan haritu. Ubi rebus dengan sambal tumis (RM6.90). Taknak kelapa dan gula tu. Roti Jala dengan Kari Ayam (RM6.90). Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah (RM12.90).


Kuih pulak adalah Tepung Gomak. Kuih Bakar. Kuih Cara Berlauk. 5 keping RM4.




Pergi Alammi Spa di Concorde Shah Alam. Monthly ritual. Kalini ambil Aromatheraphy Massage. Terlupa pulak nak bagitau nak Malay Massage. Tapi therapist kata badan saya dah pejal sikit. Maybe hasil Program Booster kot hahaha.


Ahad sebelum Krismas, kami balik Muar untuk kenduri tahlil. 5 Disember lepas adalah hari ke-100 Bapak meninggal, jadi keluarga sepakat nak buat tahlil masa Krismas. Semua cuti time tu, jadi semua dapat balik.

Kitorang ni balik Ahad pagi. Ahad malam kenduri tahlil. Isnin pagi dah balik KL balik sebab kerja.

Masa balik Muar tu, sampai Muar dalam pukul 10 pagi. Lalu je kat Tg Agas tu, husband sebut nak makan Murtabak Singapore. Odah memang suka laaa bab-bab makan ni.

So disebabkan lapar, kami order yang besar, untuk 2-3 orang makan. Lepastu, dihantar pulak otak-otak ni. Saya memang peminat Otak-Otak ni kalau kat Johor. Rasa dia lain sikit berbanding kalau yang dijual kat KL. Makanya, satu je husband makan. Yang lain 4 keping tu Odah yang makan. Hehehe. Sampai je kampung, dah kekenyangan. Terus tak makan lunch.






Disember ni pun Mak ada appointment kat Klinik Mata. Mak nak buat operation mata untuk buang katarak. Dapat tarikh pembedahan in Januari 2019. Alhamdulillah cepat jugak sebab haritu Mak delay the operation sebab Eddah dan dah dekat nak Ramadhan.

REVIEW 2018






BIG BAD WOLF! Kami pergi hari Ahad terakhir tu. Saje je pergi sebab adik pergi masa first day tu dah tolong belikan novel. Kawan dia dapat pass so dapat masuk awal dari public so dapatlah banyak novel kesukaan kami.


Masa pergi 16 December tu, adik kata novel bahagian Romance dah tinggal 1 baris je, walhal masa dia pergi first day tu, ada 3 baris. Perghhh bayangkan punyalah banyak dah terjual. Kami pergi sana sebab nak beli buku-buku kanak-kanak untuk letak kat Bengkel Rahim Auto.



REVIEW 2018








All in all, tahun 2018 adalah tahun yang interesting. Start dengan kesedihan tapi diakhiri dengan kemanisan. Sekarang ni, life must go on.


At the end of the day,
let there be
no excuses, no explanations, no regrets

Welcome 2019. 




















































































Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *