Uncategorized

Review Filem BUSUT BONANG

Review Filem BUSUT BONANG


Masa mula-mula saya dapat jemputan untuk review Filem Busut Bonang ni, saya terbaca yang filem ini adalah filem seram komedi merupakan antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia. Alamak… Sape yang kenal saya ni tahulah yang saya ni penakut! Memang kalau boleh takkan tengok cerita hantu dan seram ni walaupun ada campur dengan komedi. Bukannya apa, saya akan termimpi-mimpi hantu tu sampaikan mengigau. Tu yang tak nak tu. Kadang kala sampai nak pergi toilet yang dalam bilik yang cuma 10 langkah dari katil pun saya akan kejut husband. Hahahaha kelakar tapi memang betul.

Jadinya, saya macam berat nak terima, tapi kali ini saya terima cabaran untuk menonton FIlem Busut Bonang ni. Dari tajuknya, saya dah boleh adak mesti ceritanya berkisarkan busut. Biasanya orang kita ni akan cakap busut ni berpenunggu. Jangan langkah busut. Jangan buang air kat busut, macam-macam lagilah pesanan kalau masuk hutan kan….

Menurut Pengarah Filem Busut Bonang, Khalid Nadzri, dalam filem ini dia mengangkat tema urban legend, di mana kepercayaan masyarakat moden sekarang yang segelintirnya masih mempercayai tentang kejadian-kejadian urban legend.

”Malah, busut juga menjadi suatu tanggapan kisah rakyat yang berkait rapat dengan entiti, misalnya menjadi tempat pemujaan animisme dan pontianak bertenggek,” ujarnya.



Apabila ditanya mengapa memilih genre seram komedi, Khalid menyatakan genre sedemikian bersifat universal dengan gabungan tragik dan komedi dalam penceritaannya. 

Fokus dan isu utama dalam filem ini adalah mengenai SAKA!


Penggambaran filem ini dilakukan pada Januari 2019 di dua buah lokasi iaitu di Kuala Kangsar dan Ipoh selama 20 hari. Cantik sangat lokasi yang dipilih ini especially Jambatan Sungai Perak tu.



Review Filem BUSUT BONANG
Poster Rasmi Filem Busut Bonang


Review Filem BUSUT BONANG
Sekitar Malam Gala Premiere Filem Busut Bonang

Review Filem BUSUT BONANG
Julia dirasuk hantu

  

Review Filem BUSUT BONANG
Semasa Joey dan Lutfy dikacau hantu di siang hari!

Review Filem BUSUT BONANG
Giliran Julia pula dirasuk

Review Filem BUSUT BONANG
Geng pemusnah busut yang tak tahu apa akan jadi bila busut Kampung Bonang dimusnahkan. Serammmm!

Review Filem BUSUT BONANG
Giliran Aina pula dirasuk hantu.

Spoiler :
Antara dialog yang saya suka adalah “Saya tak takut hantu kat kampung ni sebab Aina dah lama menghantui hati Abang Bu”. Hahahaha kelakar okay! Kena tengok baru faham kenapa saya ketawa.



Apa yang menarik untuk Filem Busut Bonang adalah ayat-ayat komedi mereka. Tak terlalu berlebihan malahan bersahaja saja. Kena fokus betul-betul supaya tak terlepas ayat-ayat padoo mereka.


Lagi satu, seawal minit ke-5 saya dah rasa takut! Tapi saya memang penakut, jadi mungkin takdelah takut sangat untuk orang lain. Ini pendapat saya la kan. Watak Cikgu Hassan yang dibawa oleh Ropie tu menyeramkan, dengan rambut rebonding dia tu dengan ishhhh takut pulak nak tulis ni. Hahaha.


Filem ni buat saya ketawa besar bila part komedi dan buat saya kecut perut dekat part-part hantu dan saka tu. Sound effect dia fuhhhhh scary sangat sampai terngiang-ngiang dekat telinga masa nak tidur malam tu!


Memang Khalid Nadzri ni pada saya, seorang pengarah yang sangat berbakat walaupun masih muda lagi sebab it is not easy to impress me who is not a Malay Film fan. Dan saya mengaku saya bukanlah peminat drama melayu atau filem melayu yang pada saya tak logik dan menambah dosa saya hahaha. Tetapi Filem Busut Bonang ni benar-benar membuka mata saya yang filem Malaysia sekarang ini lebih bermutu dan lebih bagus berbanding dahulu.


Berbaloi tak pergi tengok kat wayang?
BERBALOI sangat! You will be entertained and scared enough from starting to the end.





SINOPIS:


Arwah Cikgu Hassan ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan di Kampung Bonang. Sejak kejadian itu buah mulut tersebar dalam kalangan orang kampung bahawa arwah berkeliaran menuntut pewaris baru.


Sementara itu Julia anak kepada Arwah Cikgu Hassan sering tidak sihat dan
mengalami gangguan makhluk halus.


Pada masa yang sama, Joey, pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri telah dipanggil untuk mencari kebenaran di sebalik semua kejadian itu dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan, dan untuk tujuan itu Joey telah menculik Lutfy dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan krunya.


Lutfy hanyalah seorang penjual jeruk berhajat mahu mencuba pekerjaan baru dan datang ke sesi temuduga, namun diperdaya hingga ke Kampung Bonang. 


Kejadian menjadi semakin misteri apabila Julia, Lutfy dan Joey dalam perjalanan mereka ke untuk menyiasat ke Busut telah ditutup pandangan oleh Penunggu Busut hingga mereka sesat.




PELAKON UTAMA:


Nadzmi Adhwa – Lutfy


Along Eyzendy – Joey


Jasper Supayah – Julia


Rashidah Jaafar – Latipah


Sahronizam Noor – Ngah Ali


Hairi Safwan – Buyong Lah


Aloy Paradoks – Lokman


Abby Nadzri – Aina


Badrolshah @ Bard – Salleh


Ropie – Cikgu Hassan




PELAKON PEMBANTU:


Rosli Mohd Taib – Pemain Bonang


Mohd Rafizan – Hantu Busut


Zaitun – Hantu Nenek


Iman Iskandar – Hantu Budak


Aiman Muttaqin – Lelaki Gemuk


Mohd Firdaus – Double Stunt




TEAM PRODUKSI:


Pengarah : Khalid Nadzri FDAM


Penerbit : Ahmad Sabri Ahmad Nadzri dan Ahmad Khalid Ahmad Nadzri


Penerbit Eksekutif : Rozniza Zainal


Terbitan : Alfanazra Productions Sdn. Bhd.


Pengurus Produksi : Rosli Mohd Taib


Idea Asal : Siti Jasmina Ibrahim


Penulis Skrip : Aloy Paradoks dan Siti Jasmina Ibrahim


Pengarah Seni : Azwan Abdul Aziz


Pengarah Fotografi : Helmi Yusof


Penyunting : Shamsul Zain


Penasihat Produksi : Tok Bak


Audio : Amir Firdaus


Juru Solek : Carlos Hills


Jurusolek Kesan Khas : Ella Sandera




Enjoy Official Trailer ini ya.




Semoga bermanfaat!










Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *