Filem / Review

Review Filem Jodoh Syaitan

Review Filem Jodoh Syaitan

Awal-awal lagi masa filem ni bermula, saya dah mula tutup mata dan menyebabkan saya terlepas satu scene penting membuatkan saya tertanya-tanya kenapa ianya begitu. Rupa-rupanya, babak-babak awal itulah yang perlu disaksikan dan sangat penting untuk faham dan review filem Jodoh Syaitan ini. Nasib baik saya menontonnya dengan rakan-rakan blogger dan juga adik saya, jadi dalam perjalanan pulang, dapatlah berbincang dan kebetulan adik saya dapat memahamkan saya tentang satu perkara yang bermain di minda saya.

Gala Premiere bagi filem Jodoh Syaitan ini telah berlangsung pada 28 Februari 2020 di MM Cineplex, E-Curve. Masa dapat invitation tu, saya dapat rasakan ianya adalah cerita seram. Tapi bila dapat tahu pelakon utamanya adalah Soffi Jikan, saya macam tak boleh brain macam mana Soffi Jikan nak jadi hantu? Pada hemat saya, dialah yang syaitannya. Tapi mungkin juga Soffi Jikan berlakon sebagai orang jahat yang paling teruk dah macam syaitan. Mungkin juga kan? Sebab sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik syaitan. Hahaha macam-macam teori muncul tapi saya lebih banyak teka yang ianya adalah filem seram.

Review Filem Jodoh Syaitan

Saya memang tak akan tonton trailer atau cari maklumat tentang filem-filem yang perlu saya review, sebab saya nak tonton dalam keadaan saya takde apa-apa expectation. Biarlah saya masuk panggung wayang dalam keadaan blur, yang penting saya tahu siapa pelakon-pelakon yang terlibat. Ini lebih memudahkan saya untuk menulis review Filem Jodoh Syaitan tanpa ada sebarang prejudis. Cewahhh.

Kalau diperhatikan, filem-filem Malaysia ni selalunya akan insert elemen-elemen komedi dalam jalan ceritanya. Jadi untuk Filem Jodoh Syaitan ni, ia adalah gabungan kisah seram dan juga lawak-lawak komedi supaya takdelah terlalu berat. Kalau macam cerita Ju-On yang setiap minit adalah seram, saya rasa saya tak sempat bernafas kot masa tengok. Tapi untuk filem ini, sempatlah takut lepas tu gelak lepas tu tutup mata balik.

Rupa-rupanya, genre seram komedi adalah antara genre popular dan sering mendapat tempat di hati penonton-penonton di Malaysia ni. Sebab itulah filem bergenre sebegini menjadi rebutan para penerbit untuk diterbitkan dan dipasarkan di Malaysia.

Review Filem Jodoh Syaitan

Filem ini direka berdasarkan kepada idea asal penerbitnya iaitu Allahyarham Dato Mokharul Shamsul Mokhtar dan beliau memilih pengarah Ismail Bob untuk mengarahkan filem ini. Namun Ismail Bob menolak tawaran itu atas alasan jadualnya telah penuh.

Namun begitu, Dato Mokharul tidak berputus asa dan terus mempelawa beliau untuk mengarahkan filem ini kerana beliau percaya Ismail Bob akan menghasilkan filem yang bermutu tinggi dengan pengalaman beliau mengarahkan 17 buah filem sebelum ini.

“Kemudian ketika saya tanya filem apa yang ingin dihasilkan, arwah memberitahu dia mahu menghasilkan filem seram komedi memandangkan ia antara genre yang cukup digemari penonton,”

~ Ismail Bob ~

Apa yang menarik adalah pemilihan Aprena Manrose sebagai watak utama filem Jodoh Syaitan. Walaupun ini bukanlah filem pertama lakonan beliau, tetapi ini adalah filem pertama beliau sebagai pelakon utama.

“Saya gembira apabila diberi peranan watak seorang pontianak memandangkan belum pernah melakonkan watak sebegini”

~ Aprena Manrose ~

Pembabitan beliau dalam filem ini ternyata memberi kelainan buat dirinya berbanding lakonannya sebelum ini. Namun begitu, pada awalnya dia memang teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem ini, tetapi dia mula hilang keyakinan kerana bimbang tidak mampu menjayakannya. Dato Mokharul Shamsul Mokhtar yang banyak menyokong dan membantu menaikkan keyakinan beliau semasa berlakon filem ini.

Tanpa arwah, mungkin saya tidak akan terbabit dalam filem Jodoh Syaitan.

~ Aprena Manrose ~

SPOILER :

Filem ini merupakan gabungan pelakon yang saya jarang tengok, jadi perasaan bila masuk panggung tu macam, Errr tengok je lah. No expectation at all.

Baca Sinopsis Filem Jodoh Syaitan di sini.

Tapi, the first few minutes tu sangat penting untuk filem ini tapi saya missed it sebab scene tu sedikit menakutkan untuk si penakut macam saya. Sebab ini part kritikal untuk faham kaitan Awang dan Kulop ni dengan Tok Salleh, dan bagaimana Pontianak ni boleh wujud kat kampung si Megat.

Review Filem Jodoh Syaitan

Cumanya selepas babak yang menakutkan tu, bermulalah babak komedi, so dapatlah enjoy sekejap sebelum start scene scary tu. Mungkin pada sesetengah orang, babak-babak tu takdelah menakutkan, tapi saya kan penakut, ditambah pulak sound effect dan sound system kat panggung, memang takutlah jadinya.

Babak komedi tu start dengan cinta Megat (Soffi Jikan) ditolak oleh teman wanita online nya. Lepastu putus cinta, Megat bagitau Mak Timah tentang kegagalan beliau sekali lagi.

Jadi Mak Timah suruhlah Megat ni balik kampung sebab diorang ni bukanlah calang-calang di kampung tu. Mak Timah kata “Baliklah kampung Megat, harta yang kita ada ni cukup untuk 7 keturunan.” Haaa ayat lepasni memang kelakar, so kena dengar dan fokus bebetul ya.

Balik bukan sekadar balik, ada calon isteri yang dah menunggu!

Review Filem Jodoh Syaitan

Tapi yang memeranjatkan saya adalah lakonan Abam Bocey. Biasanya saya tengok persembahan Abam ni dalam watak pelawak macam dalam Maharaja Lawak tu, so saya anggap Abam akan berlakon over macam selalu untuk watak komedi.

Tapi saya rasa inilah watak TERBAIK ABAM BOCEY sebab komedi tu cukup-cukup tak terlebih tak terkurang. Dan bila part yang Abam tu takut pun still saya ada rasa takut jugak tapi lepastu tergelak sebab lawak Abam memang masuk.

Sebab tu saya boleh cakap yang bintang dalam filem Jodoh Syaitan ini adalah Abam Bocey. And I believe, kalau umur beliau panjang, beliau boleh menjadi pelakon versatile macam Rosyam Noor, Beto Kusyairi dan Nazim Othman.

Review Filem Jodoh Syaitan

Watak Mawar tu biasa-biasa je, sebab saya tak rasa ada chemistry antara Soffi Jikan dan Aprena Manrose. Cumanya ada kelebihan dari segi pengarahannya yang membuatkan filem ni smooth la and maybe orang tak berapa perasan sebab again, lawak tu okay dan dapat cover kepincangan tu.

Tapi scene antara Mawar dengan Mak TImah tu okay, maybe sebab pengalaman Fauziah Nawi dalam handling scene dengan pelakon-pelakon ni banyak membantu filem ini.

Cumanya kelakar sikit masa Mak Timah berborak dengan Megat masa dia suruh Megat balik kampung. Maybe Fauziah Nawi nak adjust watak Mak – Mak yang cool and chill dengan anak dia so Mak Timah ikut style bercakap Soffi Jikan kot. Hahaha saya agak la tapi tak berapa menjadi part tu, cuma kelakar tu tetap ada.

Review Filem Jodoh Syaitan

Tapi yang paling fail la bagi saya adalah part post-production sebab saya rasa macam ada scene yang too rushed atau too edited menyebabkan macam nampak ianya diedit secara tergesa-gesa.

Kualiti shooting pun biasa-biasa je, maybe sebab saya terpengaruh dengan Filem Ratu Kala Jengking yang bajet besar kot dengan teknik CGI tu, jadi saya sedikit terganggu dengan filem ini. BUT still acceptible masih bagus kualitinya. Cuma kecantikan Pasir Putih Kelantan tu tak berapa menonjol di dalam scene. Tapi scene dekat kawasan pantai tu memang awesome! Memang cantik sampaikan masa menonton tu, saya dok fikir kat mana lah lokasi ni. Saya agak, berdasarkan kepada pasir pantai tu, filem ini dishoot dekat Langkawi. Rupa-rupanya salah tekaan saya tu.

Overall, this is a funny scary movie yang berbaloi untuk ditonton. You will see a different side of Abam Bocey, yang nampak benar-benar membuat persediaan untuk watak ini walaupun ianya hanya watak sampingan.

Kena betul-betul tengok sebab persoalan-persoalan kita akan dijawab dengan few scenes yang flashback yang menerangkan kenapa ini begini dan itu begitu.

Review Filem Jodoh Syaitan

Filem ini akan mula ditayangkan pada 5 Mac 2020 di seluruh pawagam di Malaysia.

Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dan Dato Mokharul Shamsul Mokhtar.