Uncategorized

Review Filem M4M4 (MAMA)

Review Filem M4M4 (MAMA)

Review Filem M4M4 (MAMA)
Official Poster untuk Filem M4M4 (MAMA)

Masa dapat jemputan untuk Review Filem M4M4 ni, saya dapat agak yang ianya akan
berkaitan seorang ibu. Yelah dah nama filem tu Mama kan, sure tentang ibu dan
anak. Tapi saya suka kalau pergi Gala Premiere, saya suka datang dengan minda
terbuka. Saya tak search apa-apa tentang filem tu. Even press kit pun saya
hanya belek-belek sahaja with no expectation. Barulah ada elemen
“surprise” untuk movie tu. Dan biasanya, apa yang saya jangkakan
adalah salah hahaha. Sebab saya bukan peminat Filem dan Drama Melayu. Hm….agaknya
sebab tu lah saya selalu mendapat kerja movie review ni hahaha.


Filem M4M4 ini diarahkan oleh pengarah wanita, Eyra Rahman dan selaku pengarah
beliau berkata, antara sebab utama dia tertarik untuk menghasilkan filem ini
kerana ia sebuah cerita tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak
tunggalnya yang mati dibunuh.

Beliau yang sudah mengarah sebanyak 14 buah filem setakat ini bercerita lebih
lanjut tentang pembikinan filem ini menyatakan penggambaran dilakukan sekitar
kawasan Lembah Klang dan mengambil masa selama 25 hari.

Saya suka dengan tema filem ini yang dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat terhadap cabaran yang berlaku ketika ini, terutama sekali perhatian
terhadap anak perempuan yang meningkat dewasa.


First time rasanya Nabila Huda pegang watak seorang ibu yang ada anak berumur
16 tahun and surprisingly she looked the part. Hahaha. Dengan make-up dan
baju-baju yang Abil pakai tu memang menampakkan yang beliau berumur 35 tahun ke
atas dan ada anak remaja.

Menurut Nabila, antara sebab utama dia mahu terlibat dalam filem M4M4 ini
kerana tema cerita itu sendiri tentang hubungan yang kuat antara seorang ibu
dan anak. 

“Kehilangan itu adalah sangat menyakitkan, apatah lagi apabila anak yang
disayangi telah dirogol dan kemudian mati dibunuh.

“Namun, filem ini sebenarnya banyak memberikan pengajaran supaya kita
ambil langkah dan cara yang betul untuk berhadapan dengan situasi sebegini
serta mengambil langkah berjaga-juga agar ia dapat dielakkan,” ujarnya. 

Apa yang
menarik tentang Eyra Rahman?

“Saya suka dengan pengarah yang memberi teguran kepada pelakonnya kerana bagi saya banyak perkara baharu yang boleh dipelajari. Dengan cara sebegini ia sebenarnya memberi kelebihan kepada saya untuk meningkatkan lagi mutu lakonan,” jelas Nabila Huda.

Review Filem M4M4 (MAMA)
Masa Aini membuat pengecaman mayat Alya *sedih*

Review Filem M4M4 (MAMA)
Inspektor Azahari yang sedang melakukan siasatan berkaitan kematian Alya

Review Filem M4M4 (MAMA)
The last birthday yang Alya celebrate dengan ayah beliau

Review Filem M4M4 (MAMA)
I hate this scene. Masa Alya kena kacau dengan samseng

Review Filem M4M4 (MAMA)
The Three Stooges – Best Friends Alya iaitu Ellie dan Danny



Review Filem M4M4 (MAMA)
Ini adalah blogger yang dijemput ke Gala Premiere Filem M4M4

Review Filem M4M4 (MAMA)
Blogger Malaysia




SPOILER:

Tema filem M4M4 ni tema yang bagus. Dendam seorang ibu yang membuatkan dia bertindak di luar jangkaan. Kalau tengok life Aini ni macam sudah jatuh ditimpa tangga, berkali-kali sampaikan Aini ni dah tak tahan dah. Memang Aini ni mengamuk bebetul, so don’t play play with mothers okay!


Tapi sayangnya jalan cerita tu tak kuat. Maknanya, permulaan cerita ni terlalu bosan dan takde yang boleh pegang attention penonton. Dan ada banyak scene yang pada saya tak perlu dimasukkan sebab kalau takde pun, penonton boleh faham. Contohnya, scene hampir accident. Scene kawan-kawan sekelas sambut birthday dan cikgu marah. Scene awal-awal yang mana Alya menggoreng pisang bersama ayahnya. Scene dadah. Hahahaha banyaknya scene. 


Dannnnn ada scene yang perlu ditambah sebab bila scene tu terlalu ringkas, jadi macam kelakar dan tak bagus. Contohnya, scene penyiasatan polis selepas Alya dibunuh. Untuk orang yang selalu menonton drama-drama penyiasatan macam CSI, antara perkara yang awal dilakukan adalah mengambil barang peribadi mangsa yang boleh memberikan klu untuk kes, contohnya Handphone. Polis akan pergi ke rumah and crime scene untuk dapatkan klu. Polis juga akan menemuramah orang sekeliling mangsa, especially best friends! Tapi semua ni tak ditunjukkan dalam filem ni. Polis menyiasat hanya menggunakan crime scene photos sahaja.


Anddd yang peliknya macam mana Inspektor Azahari tahu tentang rumah dalam hutan tapi still tak dapat apa-apa klu dari situ, sedangkan ada satu benda yang boleh membongkar misteri ini.


Ada juga dialog yang tak kena dengan scene tu dan satu panggung tergelak sebab memang bebetul tak kena menyebabkan scene tu kelakar. Kesian tau!


Dannnn adegan membalas dendam tu alahaiiiii…. Nampak kejam pada scene Luk tapi scene yang lain tak kemas. And whyyyyy dia biarkan diri dia tertangkap. Haiishhhh emo Ahkak ni. Rasanya kalau Mama tu lepas, mesti macam padoooo.


Sebab saya bayangkan macam cerita ENOUGH tu, yang Jennifer Lopez balas dendam pada husband dia yang abusive tu. And kalau tak kantoi lagi best kottt cerita ni.


Tapi, ada satu plot twist yang saya memang tak sangka dan yang bestnya, memang tak boleh dijangka dari awal lagi, so bila tonton filem M4M4 ni, kena betul-betul pay attention ya.


Tapi saya salute dengan pelakon semua yang amazingly dapat bawak karakter masing-masing dengan jayanya. Saya hanya kenal sedikit sahaja pelakon-pelakon filem M4M4 ni tapi lakonan pelapis muda ni berjaya membuatkan filem ini masih menarik walaupun plotnya longgar.


Paling saya suka adalah skil cameraman yang saya rasa sangat baik dan sangat menyokong filem ini selain pelakonnya. Post Production memang menarik, camera angle yang bagus sampaikan bila part hantu Alya tu, saya memang tersentak dan sesekali terjerit sebab terperanjat hehehe.


Cuma pesanan untuk MM Cineplex @ Ecurve, Hall 8 anda berbau masam dan aircond yang tak kuat memburukkan lagi keadaan bau itu. Please do something, nasib baik ada mask so dapatlah menapis bau tersebut.

Overall, cerita ini boleh ditonton, bagusnya dengan anak-anak perempuan dan juga anak-anak lelaki yang remaja. Ada banyak pengajaran dan pelajaran dari filem ini dan inilah harapan yang Eyra Rahman cuba sampaikan dalam filem ini. Pergi ke panggung dengan minda yang terbuka (open mind) dan kita akan nampak dan terima filem ini dari sudut dan perspektif positif terutama sekali mesej-mesej yang ingin disampaikan.


Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *