Uncategorized

Review Filem MOTIF Merungkai Misteri

Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Satu lagi filem Malaysia bergenre Murder Mystery bakal ditayangkan di pawagam. Filem Motif sebenarnya merungkai misteri di sebalik kisah tentang poligami. Hahahaha rasa macam ermmmm cerita apani….poligami ke? Tapi disebabkan saya suka dengan Dato’ Rosyam Noor dan juga Sharifah Amani, makanya saya terus masuk ke pawagam dan tunggu. Nasib baik tak balik tau! Cerita Motif ni memang best dan memang merungkai misteri di sebalik kisah poligami.

Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Cerita ni start dengan kehilangan seorang remaja perempuan bernama Anna di Tanah Merah. Anna hilang hari Khamis waktu malam masa dia dikatakan pergi ke tuisyen. Tapi Anna ni pergi tuisyen bukan pergi sendiri atau dengan kawan. Anna dihantar oleh ayahnya Hussein. Haaaaaaaaa apa motif ayah Anna (Dato’ Rosyam Noor) hantar Anna ke tuisyen malam tu? Kiranya last person yang Anna jumpa adalah Hussein. Rasanya macam tak pernah Anna dihantar oleh Hussein. Eh apa motif ayah Anna ni?


Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Bila ada kes kehilangan, HQ Polis Bukit Aman pun hantarlah Inspektor Dewi ke Tanah Merah untuk bantu siasatan kes. Dewi ni dihantar bukanlah sebab Inspektor Rizal tak bagus, rasanya sebab ini first kes kehilangan berlaku di Tanah Merah.


Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Pergilah Inspektor Dewi ke Tanah Merah dengan perasaan marah sebab sebelum Dewi bertolak tu, Dewi bergaduh dengan suami dia. Rupa-rupanya Dewi ni isteri nombor dua. So Dewi ni macam kena berjuang sikit untuk dapatkan perhatian suami dia sebab isteri pertama tu dah ada anak bernama Sofi.

And at the same time, Dewi kena berjauhan sebab kes ini. Bukanlah first time berjauhan, tapi sebab konflik rumahtangga tu buatkan Dewi ni macam tertekan.

Yang bestnya, semasa Dewi menjalankan siasatan kes kehilangan Anna ni, setiap perkara yang berlaku di sekeliling Dewi pasti mempunyai motif tersendiri sampaikan terwujudnya misteri. 


Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Lagi pulak masa tengah stress siasat kes kehilangan tu, Dewi tercall pulak isteri pertama suami dia. Dah tambah masalah si Dewi ni.

Dan, tambah lagi satu masalah, Dewi ni macam ada konflik dengan Hussein, ayahnya Anna yang hilang tu. Dia macam andaikan semua lelaki ni sama je sebab Dewi suspect yang Hussein ini ada sembunyikan sesuatu.


Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Inspektor Rizal pulak asyik menyebelahi Hussein, sampaikan saya rasa ada pakatan rahsia antara Inspektor Rizal dengan Hussein. Memang terasa dorang berdua ada sembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan kehilangan Anna.


Review Filem MOTIF Merungkai Misteri

Inspektor Dewi ni sangat proud dengan jawatan dia sebagai seorang detektif dan Dewi merasakan beliau adalah detektif yang teliti, bijak dan paling utama adalah beliau merasakan yang beliau adalah seorang wanita yang berdikari.



Review Filem MOTIF Merungkai Misteri


Namun, bagaimanakah dia akan bertahan apabila berhadapan dengan permasalahan sendiri? Semuanya akan terungkap menerusi filem Motif yang akan ditayangkan serentak di seluruh pawagam pada 26 September 2019.

Lakonan Sharifah Amani dan Dato’ Rosyam Noor memang best. Walaupun ini first time mereka berganding bersama, tapi memang nampak keserasian, ada dinamik sampai memang berhasil lah jalan cerita filem ni.

Lagi satu yang best adalah, filem ni terhasil setelah mendapat dana dari pelabur. “Dengan peruntukan bajet produksi sebanyak RM1.5 juta termasuk untuk pengedaran dan promosi, kami kemudian menjalankan penggambaran selama 14 hari di sekitar Kuala Lumpur, Sungai Penchala, Nilai dan Bukit Fraser, Pahang” kata Nadiah Hamzah, pengarah Filem Motif.

Ahkak paste kat sini eh Trailer Filem Motif ni. Dah tengok, terus beli tiket wayang, tengok kat pawagam. Lagi best, terungkai terus misteri dan motif Hussein ni. Eh.




Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *