Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Wow! Hanya ini je yang boleh saya review bila keluar dari panggung wayang selepas Gala Premiere Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda. Filem pertama terbitan Datuk A. Aida ini mengangkat kisah Lagenda Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang berkahwin 99 kali! Kisah legenda mengenai wanita yang bernama Cik Siti ini sebenarnya cukup popular dalam kalangan masyarakat terutama di daerah Kota Tinggi, Johor.

Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Sehubungan dengan itu, A. Aida Production telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah filem berjudul Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang diinspirasikan kepada kisah legenda berkenaan.

Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda


Watak utama Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda ini dibawa oleh pelakon muda yang semakin meningkat nama iaitu Nadia Brian. Menurut Nadia, antara sebab utama dia teruja untuk membintangi filem berkenaan kerana kisah legendanya itu sendiri mengenai seorang wanita yang pernah memiliki 99 orang suami dan semuanya mati pada malam pertama.

Apabila mendengar sahaja tajuk filem ini, ia sudah membuatkan saya teruja. Apatah lagi, ia merupakan sebuah kisah mitos rakyat jelata yang sangat terkenal dan menjadi sebutan ramai – Nadia Brian-

Ujarnya, sebagai filem pertama lakonannya dengan memegang watak utama, ternyata ia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi.
Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah perlu pandai bersilat dan berani berhadapan dengan binatang berbisa.

“Sebelum penggambaran saya dah tahu ada babak bersama ular dan kala jengking, tetapi ingatkan ia menggunakan teknik CGI. Namun ketika penggambaran, barulah saya diberitahu saya perlu melakonkan sendiri babak bersama bintang-bintang tersebut,” cerita Nadia Brian.

Filem arahan pengarah terkenal Bade Hj Azmi memberitahu bahawa peluang untuk mengarahkan filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda ini tidak mahu disia-siakan kerana ini merupakan kali pertama beliau mengarahkan filem bergenre sebegini dan beliau yakin ia mampu menghiburkan penonton.

Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda


SPOILER:

Disebabkan saya masuk panggung dengan minda terbuka dan tidak membaca media kit, filem ini memang memeranjatkan saya. Sebabnya, filem ni hampir perfect buat saya yang kurang berminat dengan filem Melayu.

Filem ini dimulakan dengan Siti yang dirundung malang apabila muka beliau ditumbuhi jerawat batu yang menakutkan sehingga dicemuh dan dihina orang kampung.

Disebabkan tidak tahan dengan tekanan, Siti membuat keputusan untuk mencari Nenek Kebayan yang dikatakan boleh mengubat penyakitnya itu, walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya.

Sepanjang Siti berubat dengan Nenek Kebayan, ibunya yang keseorangan sering ditemani oleh Nadim, yang dalam diam-diam menyukai Siti. Ibu Siti berjanji dengan Nadim yang beliau akan dikahwinkan dengan Siti kerana Mak Embun sangat sukakan Nadim yang sangat baik hati.

Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda


Namun, Siti menolak Nadim kerana beliau menyintai Awang walaupun semasa Siti berpenyakit, Awang membenci beliau. Penolakan Siti terhadap Nadim telah menghancurkan hati Mak Embun sehingga menyebabkan beliau meninggal dunia.

Siti terlupa akan janji beliau dengan Nenek Kebayan dan mengakibatkan beliau telah terkena sumpahan, iaitu setiap kali Siti berkahwin, suami beiau akan mati pada keesokan harinya kerana sumpahan itu.

Sehinggalah perkahwinan ke-99 kali, sumpahan itu masih tidak hilang dan pertemuan Siti dengan Ustaz telah membuatkan Ustaz jatuh cinta dengan Siti. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 Februari 2020.

Apa yang saya suka dengan Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda?

Firstly, filem ini tidak meleret-leret sangat. Cukup-cukup saja plotnya. Adalah sikit-sikit yang meleret macam scene bersilat dengan Nenek Kebayan, tapi takdelah sampai menggangu plot filem.

Sinematografi filem ni memang best. Memang terserlah kepakaran jurukamera sebab setiap mimik muka pelakon dapat dicapture oleh beliau. Saya suka juga dengan rumah Mak Embun yang sangat cantik designnya untuk rumah kampung. Rupa-rupanya ayah Siti ni orang kaya kampung tu, sebab tu rumah mereka besar dan ramai yang cemburu dengan Siti.

Dan scene Ustaz ni memang kelakar dan best. Tak sangka Ustaz boleh jatuh cinta dengan Siti ni.

Apa yang tak best dengan Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda?

Ada scene yang meleret sikit tapi bearable lah.

Ada wardrobe yang tak berapa kena dengan zaman itu, contohnya pakaian Abang Daud pada malam pertama. Mawar yang dara selalu dilihat tak pakai kerubung. But it is all minor je la.

Suami mana yang saya suka?

Hahahahaaha lawak soalan ni, tapi saya suka Ustazzzzzz! Cair tau tengok dia. Hahaha. Eh tapi dalam video saya cakap saya suka Nadim. Nadim tu masa pinangannya ditolak, Nadim agak berisi dan tak hensem. Bila time kahwin, haaa agaknya frust so tak lalu makan, so kurus laaaa masa nikah tu. Hahaha.

Berapa bintang nak bagi rating?

Daripada 10 bintang, saya bagi 9.5 bintang!

Memang berbaloi tengok filem ni. Dengan teknik CGI yang mendapat nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof, dengan bajet RM3 juta dan kemunculan khas penyanyi Indonesia Firman, filem ini akan turut dipasarkan di Indonesia.

Filem ini akan ditayangkan pada 27 Februari 2020 dan berada di 94 pawagam di seluruh negara. Saksikan ya! Worth it!


Baca Sinopsis Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda di sini.


Trailer untuk Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda.




Semoga bermanfaat!