Review Filem Town Mall
Filem / Review

Review Filem Town Mall

Sejak bulan April lepas, Astro Shaw telah memperkenalkan konsep tonton filem terus ke pawagam rumah anda melalui Astro First. Dan kini, Astro Shaw telah membawakan filem terbaru yang boleh ditonton bermula dari tarikh 25 Jun 2020. Ini adalah penulisan review Filem Town Mall yang menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Novel seram popular diadaptasi ke Filem. Pergh..

Filem Town Mall ini membariskan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

Baca Review Filem Syif Malam Raya di sini.

Filem terbitan Enuja Production ini pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 26 Mac lalu, namun kini Astro Shaw dengan sukacitanya membawa terus ke pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First (480) mulai 25 Jun 2020.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami di Astro Shaw akan terus membantu penerbit membawa karya mereka ke rumah untuk ditonton buat pertama kalinya menerusi saluran Astro First.

Jika sebelum ini kami telah bawakan genre berbeza seperti komedi drama, komedi seram, drama islamik dan terbaru istimewa pada kali ini adalah genre filem seram. Memahami citarasa penonton, kami terus komited untuk tampilkan pelbagai lagi genre berbeza di masa akan datang. Kami berharap, selaras dengan fasa penjanaan semula
ekonomi negara, usaha ini sedikit sebanyak turut dapat membantu industri perfileman tempatan untuk terus bernafas dan kembali bergerak aktif selaras dengan normal baharu.

Sementara itu, kami merasakan bahawa sekarang ini adalah waktu yang begitu tepat untuk membawakan filem Town Mall kepada penonton, di mana jalan ceritanya mampu membuat penonton mengimbau kisah-kisah seram yang berlaku sebelum ini.

Meskipun kini menyaksikan rakyat sudah mula kembali kepada rutin harian dengan amalan normal baharu seperti pergi ke pejabat, berjalan di pusat beli-belah dan melakukan aktiviti rekreasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun begitu, aktiviti menonton di rumah bersama keluarga tetap diteruskan dengan pelbagai rancangan menarik di Astro,” tambah Raja
Jastina lagi.

Ketika ini, filem seperti Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa masih rancak ditayangan di saluran Astro First.

Review Filem Town Mall

Town Mall mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Bangunan terbengkalai sering dikaitkan dengan kisah misteri dan mistik. Bagi pengikut cerita seram, pasti tahu kisah-kisah popular dan legenda di Malaysia mampu membuatkan bulu roma para penontonnya meremang.

Satu lagi review Filem Jodoh Syaitan di sini.

Pembikinan filem Town Mall yang mengambil masa 25 hari penggambaran ini dan lebih mengujakan, ini merupakan naskhah pertama Datuk Seri Eizlan Yusof yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem.

Selepas membaca review Filem Town Mall ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah seram ini yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan
Twitter Astro Shaw.

Laman Web Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *