Uncategorized

REVIEW : Gummy Bears untuk RAMBUT Saya!

2017 adalah tahun yang sangat mencabar buat saya. Paling mencabar adalah kehilangan ayah saya. That one, needing another post yang tertunda. So, bila saya start abaikan myself, badan saya pun terabai jugak.


Tapi untuk badan, saya tak kisah sangat sebab memang rutin untuk berurut setiap bulan. Jadi badan tu adalah terjaga sikit. 


Muka pun, at least scrub dan mask adalah jugak buat walaupun tak sekerap massage. And masa buat massage, therapist akan urut jugak muka, so takdelah breakout berjerawat semua.


Paling terabai adalah RAMBUT dan TAPAK KAKI. Memang teruk yang dua ni. 


Tapak kaki tu, sikit lagi nak pecah-pecah. Masa kerja, memang guna public transport. Husband hantar ambil kat stesen, tapi saya banyak berjalan masa tu, naik turun tangga MRT dan jugak naik bas MRT dan jalan 500 meter ke office. Kat office pun banyak berjalan. So memang terasa la kaki penat dan sakit. Remedynya, nak tidur saya sapukan minyak gamat. Ini je paling senang dan simple. Tak sempat buat foot scrub semua tu. Lagipun minyak gamat ni serasi dengan saya, sebab selain melembabkan kulit, minyak gamat ni pun untuk sakit lenguh kaki betis saya ni. Kalau travel, macam gi Hong Kong yang banyak berjalan tu, memang ada 2 botol minyak gamat saya bawak.


Rambut. Sejak tahun lepas, rambut saya gugur dengan teruk. Bukan 10-20 helai yang normal tu. Sekali sikat, rambut bersimpul lepastu jatuh ke lantai. Bila check kat sikat, ada banyak lagi rambut gugur kat situ. Sob sob. Terasa rambut semakin menipis dan kering.

So gelabahlah cari cara untuk kurangkan gugur. Start makan banyak sayur. Tapi sikit sangat perubahan kat rambut. Maybe sebab badan pun banyak nak kena repair, so vitamin banyak kat situ.

Nak harap saya makan vitamin, satu hal jugak. Kadang ingat, selalu lupa. Ubat darah tinggi pun kadang ada tertinggal makan hehehe. Tapi saya memang sungguh-sungguh carik solution untuk rambut saya ni, sebab saya sampai takut nak sikat rambut. Seminggu sekali je sikat. Cuci rambut pun risau je sebab rambut akan banyak gugur masa cuci dan jugak masa keringkan.

Baru nak cari vitamin, adik saya syorkan Gummy Bear yang sedap ni. Adik dah try, dan ianya berkesan. Rambut adik saya ni tebal, tapi kering dan selalu gugur jugak. So dia dah makan Gummy Bear ni dah few months dah. And hasilnya, rambut dia kembali shine dan healthy. Memang nampak berkilat sebab dulu kan kering, nampak kembang je rambut dia.






Saya ni kan memang malas, nak nak lagi yang kena makan setiap hari. Kalaulah ada produk yang makan 1 kali, sihat 100 tahun kan best. Hahahahaha berangan itu memang best. Tapi kalau nak tahu, mana-mana produk yang claim berkesan dengan cepat 3 hari semua, kita kena berhati-hati sikit.


Tapi saya percaya dengan produk ni. Sebab founder produk ni ada Master in Pharmaceutical Science. Jangan memain. Dengan knowledge Lisa, Lisa buat produk yang dia tahu bagus. Bukan just order kat kilang dan harap formula tu “bersih” dari chemical.


Nama produk ni, SWEETHART CHEWY NUTRI GUMMY, dengan tagline YOUR BEAUTY HAIR SOLUTION.



Very simple solution untuk orang macam saya. Cara makan dia paling senang. Ambil 2 biji Gummy sebelum tidur. Kenapa sebelum tidur? Sebab bila tidur, badan kita akan proses dan absorb vitamins lebih cepat. That’s why, Lisa the founder, advise untuk makan sebelum tidur.


Apa ingredient dalam Gummy Bear ni? Ni dia. *patut sedap dan saya suka. Ada Almond rupanya*





So, this product sangat sesuai dengan mereka yang sebegini:-


1. Ibu-Ibu selepas bersalin yang akan mengalami keguguran rambut sebab hormon berubah.


2. Wanita yang sibuk sebab vitamin dalam 2 biji Gummy ini sudah cukup untuk sihatkan rambut setiap hari.


3. Lelaki perokok yang tegar sebab merokok menghalang pengaliran darah yang sempurna ke kulit kepala. Nanti akan botak.


4. Lelaki dan wanita yang mahukan rambut tebal dan lebat tanpa guna banyak produk rambut like gel, hairspray, wax etc.


5. Mereka yang rambutnya semakin menipis dan botak.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *