Filem

Review KDrama Start Up Episod 6

Review KDrama Start Up Episod 6. Dalam episod 6 ini, semasa mereka sedang menyiapkan Senarai Pemegang Saham, mentor Samsan Tech tidak bersetuju dengan pembahagian saham yang dibiat oleh CEO mereka. Pada mulanya, saya tidak bersetuju dengan beliau. Saya rasa senarai pembahagian saham itu amat adil dan lojik.

Baca Review Filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda di sini

Pada awalnya, pemegangan saham adalah seperti ini.

19% – Nam Do San (Co-Founder Samsan Tech)
16% – Seo Dal Mi (CEO Samsan Tech)
16% – Lee Chul San (Co-Founder Samsan Tech)
16% – Kim Yong San (Co-Founder Samsan Tech)
16% – Jung Sa Ha (Software Engineer Samsan Tech)
16% – Nam Seong Huan (bapa Nam Do San/early invester)
1% – Nam Cheon Ho (sepupu Nam Do San/Videographer)

Namun akhirnya, saya suka dan setuju dengan kewarasan Han Ji Pyeong.

“Start-up ni macam perkahwinan. Pada masa hari nikah, semuanya manis, semuanya bagus. Kedua-dua mempelai percaya yang mereka akan bersama setia serasi #tilljannah. Tetapi kenapa berlaku 100,000 perceraian di Korea setiap tahun?”

“Mereka mempunyai kepercayaan dan harapan yang sama. Sama je macam uols. Tapi, akhirnya mereka mempunyai pendapat yang berbeza dan harapan mereka telah berubah dan telah menyebabkan perceraian. Tapi, jika perceraian berlaku, perkara yang perlu dibuat hanyalah pembahagian harta dan hak penjagaan anak sahaja.”

“Tetapi dalam bisnes, ianya berbeza. Jika berlaku perpecahan, PELABUR yang akan menerima akibatnya. Pelabur akan hilang wang pelaburan mereka.”

Sebab itulah, dari awal lagi, perlu beri jumlah saham terbesar kepada KEY MAN. Inilah antara cara untuk melindungi syarikat daripada perampasan kuasa dan tikam belakang.

Siapa Key Man?

Siapakah orang yang paling penting dalam syarikat, yang tanpa beliau, syarikat tidak dapat berfungsi? Itulah Key Man syarikat.

Berapa peratus saham perlu diberikan kepada Key Man?

Sekurang-kurangnya 60%. Lebih baik jika 90% saham dipegang oleh Key Man.

Dan ada founding member Samsan Tech yang mengamuk tidak bersetuju. Siapa dia?

Baca Review KDrama Start Up Episod 6 dan tonton ia di Netflix.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *