Uncategorized

Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM


Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM

Saya ni mudah terpengaruh rupanya hahaha. Sejak dua menjak ni, memang selalu follow IG JRM ni. Bulan lepas mereka dok laaa tunjukkan tentang Vinifera Blemish CC Cover keluaran Jamu Ratu Malaya (JRM).

Lepastu yang bestnya adalah, dengan satu pump yang kena tekan slowly supaya tak terlalu banyak keluar, boleh cover 1 muka. Memula macam tak percaya, tapi lepas kawan tunjuk demo, baru macam “Aaahhhh laaaaaa.”

Dan kebetulan, JRM ada buat promo combo. Vinifera Blemish CC Cover dengan Kopi Ratu tu cuma RM80 sahaja. Dapat jimat RM18!

Apalagi, terus laaaaaa pergi beli. Hahahaha rezeki janganlahhh ditolak. 

Vinifera Blemish CC Cover ni kecik je setakat 20ml, tapi memang tak payah pakai banyak. Macam sebesar kacang merah tu je, itupun akan berlebih banyak. So akan membazir la.

Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM


Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM


Cara pakainya senang je. Pump sikit sebesar kacang merah, bergantung kepada coverage yang nak, lepas tu dot dot kan kat muka. Ratakan ke seluruh wajah. 

Boleh je guna jari, saya dah try, senang jugaklah dengan syarat sebelum letak Vinifera, kena letak moisturizer. Saya guna Marjane Oil dulu, baru letak Vinifera.

Boleh jugak guna brush atau beauty blender atau span. Semua pun boleh asalkan dapat ratakan dengan baik.

Pastu dah boleh letak blusher, eye liner dan mascara. Last sekali letak Setting Powder atau Spray. Memang cepatla berbanding guna BB Cushion atau Foundation. 

Ni kombonya yang berharga RM80. Kopi Ratu yang sedap bersama Vinifera. Tengok, kecik je kan Vinifera ni.


Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM





Dah alang-alang ke stokis, saya beli jugak minyak angin Seven Seas Aromaterapi JRM. Cuma RM17 sahaja.


Sedap bau dia. Nanti nak belikan untuk Mak pulak.



Review Vinifera Blemish CC Cover dari Jamu Ratu Malaya JRM





Ni gambar saya ambil first day saya pakai Vinifera. Memula tu, takut jugak sebab warna dia, bila dah sapu kat muka, macam cerah sangat. Tapi sebab Vinifera ni CC Cream, so dia akan Colour and Correct dan berikan coverage yang lebih. 



Ni kombonya.



Bagusnya CC Cream adalah sesuai untuk kulit yang “dull” atau kusam dan jugak kalau tona muka tak rata.


Lepastu Vinifera ni ada SPF 48++. Ini sedikit maklumat tentang Vinifera dan SPF Coveragenya.

Kesan optimanya mampu menghalang dari sinaran UVA & UVB yang merosakkan kulit.

Teksturnya bukan sahaja kulit nampak elegan & porselin tapi kesannya, juga memberikan manfaat estetik dengan jangka masa yang panjang seperti anti-penuaan, ultra-melicinkan garis-garis kedut mendalam, sebumnya juga mengawal kesan dalam pembentukan, mencegah jerawat, mencerahkan kulit yang berpanjangan.


Cumanya saya ada terdengar Bonda Rozita Ibrahim ada pesan yang disebabkan Vinifera ni ada SPF 48++, makanya nak solat kena cuci bersih bersih dengan makeup remover. Sebab air sahaja tak akan dapat bersihkan Vinifera jadi kalau wudhu dengan tak cuci muka, takut air tak kena kulit dan solat tak sah pulak.


Nasib baik saya terdengar dan dapat maklumat ni sebelum beli, jadi bila start pakai, memang bawak make-up remover wipes la bubuh dalam handbag. Kalau tak nak guna wipes, bawak je make-up remover dengan tisu. Tak susah pun.


Anyway, sape nak cuba boleh lah dapatkan di Stokis JRM. Checkout senarai stokis di IG mereka @jrm.network. Kalau beli RM80 keatas (harga normal), boleh dapat keahlian percuma.


Semoga bermanfaat!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *