Review Usahawan PeDAS

Sambal Ikan Bilis Seri Nenda PeDAS

Sambal merupakan sebahagian dari hidup seorang warga Malaysia, lagi-lagi orang melayu. Kalau takde sambal, rasa macam kurang je selera. Waktu sarapan, kita makan Nasi Lemak dengan sambal, lunch pulak Ikan Berlada, petang makan Cucur Udang cicah sambal tumis pastu malam makan Mee Goreng. Hahaaha memang kena ada sambal rupanya. Tapi, pada saya, sambal adalah antara resepi yang susah untuk dimasak, sebab kena masak lama dan kombinasi manis pedas masam kena tepat baru jadi sedap. Jadi apabila saya mencuba Sambal Ikan Bilis Seri Nenda PeDAS yang merupakan seorang usahawan yang dibimbing di bawah Program E-Dagang Setempat (PeDAS), saya rasa lega sikit.

Baca petua sambal tahan lama di sini.

Kenapa lega dengan kewujudan Sambal Ikan Bilis Seri Nenda?

Sebab Puan Fauziah, founder kepada Dapur Seri Nenda ni, amat memahami wanita-wanita yang sibuk tapi still mahu hidangkan homemade produk yang bersih dan suci serta buatan Malaysia.

Beliau berkata, wanita bekerjaya, samada yang bekerja di pejabat ataupun yang bekerja di rumah, adalah penguat beliau untuk terus mengusahakan Dapur Seri Nenda ini. Beliau sendiri pernah bekerja dan mempunyai karier tetapi melepaskan jawatan untuk terus fokus kepada bisnes ini.

Sambal Ikan Bilis Seri Nenda

Bergabung bersama Chef Aaris, Puan Fauziah menghasilkan 3 jenis sambal iaitu Sambal Cili Padi Ikan Bilis, Sambal Tumis Ikan Bilis dan Sapi Berlada 3 Malam bagi memenuhi permintaan pasaran. Sambal-sambal ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan yang paling penting, sambal-sambal ini tidak menggunakan bahan pengawet atau bahan tiruan. Inilah kriteria yang sangat penting semasa para ibu memilih dan membuat keputusan membeli produk-produk makanan telah tersedia.

Iyalah, hujung minggu bukan masa untuk berehat bagi kebanyakan ibu-ibu. Still kena buat banyak kerja-kerja rumah seperti menggosok baju dan melipat kain. So biasanya pilihan kami para ibu adalah benda yang cepat dimasak ataupun kaedah masakan yang simple. Jadi dengan adanya Sambal Ikan Bilis Seri Nenda ni di dapur, ianya memudahkan kami.

Sambal Ikan Bilis ni boleh terus dimakan dengan nasi panas. Bayangkan bila kita tiba rumah jam 6.30 petang dan suami nak makan makanan panas pada jam 8.00 malam tepat? Apalah yang sempat kita masak kalau pada masa yang sama, kita kena mandikan anak-anak kecil, pantau si abang kakak yang buat homework dengan kita sendiri nak mandi solat semua?

Masak sahaja nasi. Lepastu ambil telur, hiriskan bawang besar, dan goreng buat telur dadar. Potong kobis dan carrot lepastu tumis air je. Hidangkan semua ni bersama Sambal Ikan Bilis Seri Nenda PeDAS. Settle dinner. Hahaha.

Resepi yang menggunakan Sambal Ikan Bilis Cili Padi ada di sini.

Mana nak dapatkan Sambal Ikan Bilis Seri Nenda PeDAS ni?

Facebook – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda

Instagram – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda 

Youtube – Sambal Ikan Bilis Seri Nenda