Review Usahawan PeDAS

Sambal Pecal Segera Lahza PeDAS

Apabila saya berkahwin dengan orang Jawa, salah satu makanan yang saya enjoy adalah pecal. Pecal atau nama asalnya pecel adalah satu jenis salad orang Jawa atau sayur-sayuran yang dicelur dan dicampurkan dengan kuah pecal, biasanya kami makan dengan nasi panas dengan ikan yang digoreng garing, fuhhh hilang malu dengan mak mertua hahaha. Kuah pecal ni, pada sayalah ya, hanya untuk orang yang rajin-rajin je sesuai buat, macam kakak-kakak ipar saya yang memang queen of dapur, masak macam sap sap soi je dah siap. Sebab ada banyak benda nak kena buat. Tapi sejak berjumpa dengan Sambal Pecal Segera Lahza PeDAS, saya dah boleh eksyen dengan husband saya hehehe. Saya dah boleh hidangkan pecal whenever dia minta buatkan.

Sambal Pecal Segera Lahza

Apa beza Pecal dengan Gado-Gado?

Pecal dan Gado-gado kedua-duanya dikatakan berasal dari Indonesia. Cuma lokasi sahaja yang berbeza. Pecal dikaitkan dengan makanan orang Jawa, manakala Gado-gado pula berasal dari Betawi dan Sunda.

Sos Pecal juga hampir serupa dengan sos Gado-Gado namun ianya tidak sama. Sama tapi tak serupa kata pepatah lama. Kedua-keduanya menggunakan kacang tanah namun kuah kacang untuk Pecal tidak mempunyai santan. Kuah Gado-Gado mempunyai bahan tambahan iaitu santan yang membuatkan kuahnya lebih berlemak bagi mengimbangi rasa pedas cilinya.

Apakah sayur-sayuran di dalam Pecal?

Sayur-sayuran yang biasanya digunakan untuk pecal adalah kangkung, kacang panjang, timun, daun ubi, tauge. Boleh juga letak bayam, daun kemangi dan semua sayur-sayuran ni hendaklah dicelur terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Selain sayur, boleh juga dihidangkan bersama tempe goreng, tahu goreng, bergedil dan bakwan.

Manakala kuah pecal pula dibuat daripada kacang tanah yang digoreng dan dibuang kulit, kemudian dikisar halus dengan air. Selepas itu, ditumiskan pula bawang merah, bawang putihdan lengkuas kisar sampai garing, dimasuk pula cili kisar dan dimasak sehingga naik minyak. Kemudian dimasukkan sedikit air, garam, gula, gula melaka, jus asam jawa dan disesuaikan rasanya.

Baca tentang Kuah Rojak pasti terangkat di sini.

Untuk lebih mudah, kita hanya perlu gunakan Sambal Pecal Segera Lahza PeDAS keluaran Lahza Enterprise. Hanya perlu tambah air panas sahaja kepada sambal pecal segera dah siap kuah pecal.

Sambal Pecal Segera Lahza

Lepastu celur sayur dan goreng tahu tempe. Siap dah lauk yang sihat dan sedap untuk hidangan keluarga kita.

Resepi Mee Rebus Sambal Pecal Lahza ada di sini.

Apakah cara untuk mendapatkan Sambal Pecal Segera Lahza PeDAS?

Website – Lahza Enterprise

Whatsapp – Lahza Enterprise

Facebook – Lahza Enterprise

Instagram – Lahza Enterprise

Semoga bermanfaat!