Sandwich Delivery Sedap Kajang
Review Usahawan PeDAS

Sandwich Delivery Sedap Kajang Usahawan PeDAS

Sandwich, makanan yang simple dan mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, paling mudah adalah 2 keping roti dan sayur atau protein macam telur goreng atau keju. Kalau dah lapar, roti dengan keju pun dah sedap sangat macam makan steak kan? Kalau nak best makan tapi tak mahu keluar disebabkan Covid-19 ni, apa kata order je sandwich delivery sedap Kajang usahawan PeDAS untuk kesenangan dan keselesaan kita.

Dapatkan resepi wanpaku sando rendah lemak di sini.

Sandwich Terliur adalah satu jenama di bawah Siti Amirah Othman Enterprise yang merupakan perniagaan home made sandwich yang telah beroperasi lebih 3 tahun.

Sandwich Delivery Sedap Kajang Usahawan PeDAS

Apabila ditanya mengapa sandwich? Mengapa berbisnes sandwich yang mudah disediakan ni?

Sandwich Delivery Sedap Kajang Usahawan PeDAS

Ujar Puan Siti, sandwich merupakan antara makanan yang sentiasa menjadi favourite setiap golongan usia. Tak kira samada kanak-kanak, atau anda seorang remaja atau seorang yang telah bekerja atau siapa sahaja, pasti akan menyukai sandwich.

Sambungnya lagi, sandwich adalah satu makanan yang fleksibel, yang mana tiada resepi khas untuknya dan ianya boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing.

Puan Siti, Pengasas Sandwich Terliur

Beralamatkan di Kajang, Sandwich Terliur menawarkan sebanyak tujuh (7) jenis sandwich pelbagai rasa. Antara yang menjadi pilihan pelanggan adalah Sandwich Telur atau EggWich dan Sandwich Tuna atau nama gelarannya adalah SardinWich namun perisa-perisa berikut semakin popular di kalangan pelanggan-pelanggan Sandwich Terliur.

Baca mengenai Sandwich Terliur pelbagai rasa di sini.

Perisa tersebut adalah Sandwich Tuna (TunaWich), Sandwich Telur dan Tuna (EggTuna), Sandwich Ayam (ChickSweety), Sandwich Ayam dan Tuna (ChickTuna) dan Sandwich Telur dan Serunding (EggFloss).

Apa yang membezakan Sandwich Terliur dengan sandwich lain dalam pasaran?

Mereka mempunyai satu senjata rahsia iaitu sos cranberry dan hickory dimasak lama sehingga 6 jam agar ianya tahan lama.

Kenapa pula kena masak lama-lama sos cranberry dan hickory tu?

Semakin lama sos itu dimasak, semakin mudah ianya terurai dan mengeluarkan lebih banyak polip pektin yang akan mengikat di antara satu sama lain dan menjadikan ianya tahan lama. Selain itu, memasak sos dalam tempoh yang lama akan menghilangkan kandungan air di dalamnya dan menjadikannya likat dan tidak mudah meleleh.

Sandwich sandwich ini dibuat segar setiap hari mengikut permintaan pelanggan. Sandwich yang gemuk, padat dengan isi pilihan serta ditambah dengan tomato dan daun salad akan dihantar terus ke rumah atau pejabat atau ke mana sahaja lokasi pilihan pelanggan dengan menggunakan servis penghantaran.

Sekiranya ingin memesan Sandwich Delivery Sedap Kajang Usahawan PeDAS, yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis keraian, seminar dan mesyuarat, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini.

Whatsapp – Sandwich Terliur

Facebook – Sandwich Terliur

Instagram – Sandwich Terliur

Semoga bermanfaat!