Sandwich Terliur Pelbagai Rasa
Makanan / Review

Sandwich Terliur Pelbagai Rasa Usahawan PeDAS

Pernah tak ada impian, satu hari kita seorang sahaja yang bercuti, just to have a me time? Pada masa itu anak-anak dan suami semua sekolah dan bekerja. Kemudian kita plan hanya duduk rumah nak tengok TV atau Netflix dan tak payah masak? Saya selalu buat hahaha tapi selalunya stuck kat makanan. Boring juga asyik pesan dengan GRABFOOD, FOODPANDA, DAHMAKAN jadi bila dapat tahu tentang Sandwich Terliur Pelbagai Rasa Usahawan PeDAS yang di bawah naungan dan bimbingan MDEC, saya terus teruja.

Jika mahukan Resepi Wanpaku Rendah Kalori, boleh baca di sini.

Mengapa saya memilih Sandwich Terliur Pelbagai Rasa Usahawan PeDAS?

Pertama, ianya adalah home made atau dibuat dengan kasih sayang di rumah. Ada perbezaan di antara home made dan mass production. Dari segi rasa, home made memang sedap. Tapi home made tak tahan lama, biasanya sebab takde bahan pengawet. Home made biasanya dibuat oleh manusia, jadi kadang kala presentation tak konsisten tapi untuk Sandwich Terliur, presentation memang cantik!

Sandwich Terliur Pelbagai Rasa

Kedua, Sandwich Terliur mempunyai TUJUH (7) jenis perisa yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan mereka. Kiranya, mereka hanya menjual perisa yang sentiasa top di hati customer mereka! Jadi, tentunya ketujuh-tujuh perisa tu sedap kan secara? Kalau tak, tak akan ada pelanggan yang repeat order sandwich mereka ni.

Tujuh perisa Sandwich Terliur adalah :

  • Eggwich – paling saya suka!
  • Sardinwich
  • Tunawich – favourite saya ni.
  • EggTuna
  • ChickTuna
  • ChickSweety
  • EggFloss

Ketiga, sandwich mereka, tak kira apa perisa pun, semuanya gemuk-gemuk dengan isi yang penuh dan padat dan setiap sandwich akan ditambah dengan tomato dan daun salad segar! Puas hati bila dari mula kita gigit sandwich mereka ni, setiap inci roti tu kita akan makan dengan daun salad, tomato dan inti pilihan kita. Tak ada rasa nak marah sebab inti sikit atau kosong berisi angin je. Sekotak ni saya makan seorang, dari sarapan membawa ke snek pagi ke lunch dan tea time. Terasa kagum dengan diri sebab boleh habiskan seorang hahaha.

Sandwich Terliur Pelbagai Rasa

Keempat, dan ini sebab terbaik kenapa Sandwich Terliur pelbagai perisa usahawan PeDAS menjadi pilihan saya adalah disebabkan satu bahan rahsia di dalam sandwich tu yang akan dibongkarkan sebentar lagi. Bahan rahsia tersebut adalah Sos Cranberry and Hickory! Sos yang diletakkan di dalam sandwich mereka memberikan rasa dan kelainan di setiap gigitan sandwich dan berbeza dari sandwich di pasaran sekarang ini.

Baca sini mengapa Sandwich Terliur menggunakan Sos Cranberry and Hickory.

Sekiranya ingin memesan Sandwich Terliur, yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis keraian, seminar dan mesyuarat, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini.

Whatsapp – Sandwich Terliur

Facebook – Sandwich Terliur

Instagram – Sandwich Terliur

Semoga bermanfaat!