Uncategorized

Sinopsis Filem GERAN

Sinopsis Filem GERAN


Filem Geran merupakan sebuah filem aksi arahan Areel Abu Bakar. Filem ini berkisarkan sebuah keluarga petani diasak dan diugut oleh seorang lintah darat yang berpengaruh supaya menggadaikan tanah mereka, namun keluarga yang ditunjangi oleh anak sulung yang berani dan gagah ini terus bangkit melawan demi maruah keluarga.

Sinopsis Filem GERAN


Secara ringkasnya (sinopsis) Filem Geran ini adalah mengenai Mat Arip yang terlibat dengan kumpulan pemuda liar yang terbabit dengan aktiviti perjudian dan juga perlumbaan kereta secara haram. Mat Arip telah mengambil geran tanah pusaka ayahnya dan mencagarkan geran tanah pusaka itu kepada lintah darat. 

Namun Mat Arip tidak pulang bersama dengan geran tanah tersebut menyebabkan Ali bersama adiknya Fatimah merasa amat marah dengan adik bongsu mereka.

Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip ke pangkuan ayah mereka iaitu Pak Nayan.

Mampukah Ali mempertahankan hak keluarga mereka?


Sinopsis Filem GERAN


Barisan Pelakon :

Namron sebagai Pak Nayan
Fatimah Abu Bakar sebagai Haryati
Khoharullah sebagai Ali
Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
Fad Anuar sebagai Mat Arip
Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang
Niezam Zaidi sebagai Asan
Megat Shahrizal sebagai Man Bangla
Aeril Zafrel sebagai Lah

Sinopsis Filem GERAN



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *