Uncategorized

Sinopsis Filem HERO : Jangan Bikin Panas yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2019

Sinopsis Filem HERO : Jangan Bikin Panas yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2019

Sinopsis Filem HERO : Jangan Bikin Panas yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2019





SINOPSIS

Zafrul (Hisyam Hamid) adalah seorang pemuda yang pernah mengalami peristiwa hitam pada masa lalu dan telah menpengaruhi kehidupannya. Sebelum menjadi anggota bomba, dia telah berdepan dengan sebuah tragedi kebakaran di Maahad Tahfiz yang pernah menjadi tempat dia menuntut ilmu.

Pada hari tragedi tersebut, Zaf yang sudah lama menamatkan pengajiannya telah datang ke tahfiz berkenaan untuk membantu dengan memberi khidmat tuisyen percuma. 


Namun, tanpa diduga sebuah kebakaran telah berlaku hingga menyebabkan ramai pelajar dan para ustaz terkorban. Zaf telah cuba mahu membantu menyelamatkan pelajar yang terperangkap, namun dia telah terkena letupan api hingga jatuh pengsan.

Anggota bomba telah datang dan memberikan bantuan kecemasan kepada Zaf dan pelajar lain yang terlibat. Semua perkara yang berlaku telah menyebabkan Zaf bertekad untuk menjadi anggota bomba serta mahu membongkar siapa yang telah merancang pembakaran tahfiz yang pernah menjadi tempat dia menimba ilmu dahulu.

Di dalam usaha Zaf untuk menjadi seorang anggota Bomba telah menemukan beliau dengan Amad (Bell Ngasri) dan Adam (Mark Adam) yang juga bercita-cita mahu menjadi anggota bomba.

BARISAN PELAKON

Hisyam Hamid – Zafrul
Bell Ngasri – Amad Mustar
Mark Adam – Adam Fanifinali
Elisya Sandha – Amylia
Tash Yong – Suraya
Datuk Jalaludin Hassan – Master Samiri
Shaharudin Thambi – Don Shah
Riz Amin – Tuan Nazri

NOTA PRODUKSI

Filem Terbitan – NS STAR SDN BHD
Karya dan Arahan – Azizi Hj Adnan
Penerbit – Nasreen Haji Ngasri (Darling)
Penerbit Eksekutif – Naszeli Haji Ngasri (Boy)
Penerbit Penyelaras – Anshari/ Esmi Zahara Yusof
Pengurus Casting – Kam Haji Abd Manap
Penolong Pengarah – Saiful Zaidrin
Pengurus Produksi – Khairul Kamaruzaman
Pengarah Seni – Mohd Habibullah
Pengarah Fotografi – Raffi Noh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *