Uncategorized

Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna

Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna


Saya sertakan sinopsis rasmi filem M4M4 (MAMA) yang saya dapat dari press kit. Filem ini merupakan filem pertama gabungan Nabila Huda dan Bella Dowanna. 



Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna




Kisah bermula pada hari lahir ke-15 Alya yang disambut setiap tahun bersama MAMAnya, Aini. Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk untuk anaknya.

Alya mempunyai dua kawan baik iaitu Daniel dan Ellie. Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu Apai, Luk dan Remy, samseng yang terkenal di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya. 


Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna



Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Apabila berlakunya pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny, Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai dan menyebabkan Apai berdendam dengan Alya.

Semasa Alya dan Ellie sedang menunggu bas, ada sesuatu perkara telah menimpa Ellie dan dia terpaksa beredar, namun berjanji akan balik menaiki bas bersama-sama. 

Baca Review di sini.


Namun semasa menunggu Ellie, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan cuba melarikan diri.


Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna



Tetapi Apai dan kawan-kawannya dapat menculik dan membawa Alya ke sebuah bangunan tinggal yang usang dan Alya telah diperkosa. Alya dapat melarikan diri dan pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.

Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini. 


Sinopsis Filem M4M4 (MAMA) Lakonan Nabila Huda dan Bella Dowanna

Bagaimana Aini sebagai seorang MAMA menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan Apa, Remy dan Luk? Segalanya bakal terjawab di dalam filem M4M4 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Februari 2020.

Ini trailer untuk Filem M4M4.


PARA PELAKON FILEM M4M4:


Aini – Nabila Huda

Alya – Bella Dowanna

Tuan Azahari – Faizal Hussein

Apai – Kodi Rasheed

Luk – Ungku Hariz

Remy – Niezam Zaidi

Daniel – Izzy Reef

Ellie – Eyra Hazali

Alya (8 Tahun) – Amanda Hariz

KARYAWAN :

Terbitan:

DA Motion Media Sdn. Bhd.

Penerbit:

Allahyarham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar

Penerbit Eksekutif:

Azahari Abdul Hamid
Norliza Samion
Mokhairul Syamnizar Mokhtar

Pengurus Kewangan:

Norliza Samion

Pen. Pengurus Kewangan:

Idzma Syawina Mohd. Hafidzan

Penerbit Penyelaras:

Azaromi Ghozali

Pengarah:

Eyra Rahman

Penolong Pengarah 1:

Seha Zulkuply

Penolong Pengarah 2:

Mat Syahrom Talib

Pengarah Sinematografi:

Rahimi Maidin

Pengarah Seni:

Nordin Ismail

Penata Busana:

Maszeli Bahari

Jurumekap dan SFX:

Ika Abdul Hadei

Pengurus Produksi:

Azaromi Ghozali

Pen. Pengurus Produksi:

Rosnalee Khalil

Pengarah Aksi:

Hafizd Razib (Hafizd Stunt Master)

Penulis Skrip:

Faten Syamimie Abdul Aziz

Di sebalik Tabir:

Tan Shier

Audio:

Fazly Radzi (Promix Studio)

Konti:

Muhammad Ghufron Salim

Loader:

Muhammad Daniel Haziq

Runner:

Azman Yusof

Handy:

Mohamad Nazim Moh Zimire

Pen. Produksi:

Mokhairul Irfan Mokhtar
Muhammad Aqil Muhammad Halil

Pelajar Praktikal (KUIS):

Nur Atiqah Muhd. Arif Lee
Mohamad Zulhatim Tohir
Nur Azira Ahmad Naser
Asmaa’Laila Yacob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *