Uncategorized

Sinopsis Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Sinopsis Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Filem ini akan mula ditayang esok iaitu pada 27 Februari 2020 dan saya sertakan Sinopsis Ratu Kala Jengking Puteri Keranda. Filem ini merupakan filem pertama terbitan A. Aida Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Bade Hj Azmi. Filem ini mengangkat kisah lagenda Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang terkenal di sekitar Kota Tinggi, Johor. Beliau dikatakan berkahwin sebanyak 99 kali dan semua 99 suami beliau meninggal dunia selepas malam pertama! Saya sertakan sinopsis Ratu Kala Jengking Puteri Keranda.


Sinopsis :


Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri.


Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong
kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.


Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti.


Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya.
Cik Siti bersetuju dan terus berubat. 


Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 Februari 2020.


Baca review dan spoiler di sini.


BARISAN PELAKON :


Nadia Brian – Cik Siti
Datuk Fizz Fairuz – Pak Kulim
Amar Ashraf – Nadim
Mas Khan – Awang
Firman Siagian – Firman
Eyra Hazali – Mawar
Octavia Manrose – Teratai
Dayang Areeda – Nenek Kebayan
Aprena Manrose – Ana
Fauziah Nawi – Mak Embun
Roslan Salleh – Tok Ketua
Datuk Ahmad Tarmimi Siregar – Tok Imam
Raja Azmi – Mak Kiah
Taha Wahid – Sulong
Mak Wan Latah – Mak Limah
Reza Hasbi – Mamat
Putra Amaris – Dolah
Azam Pitt – Samad
Aman Nassim – Taha
Mas Hadzeem – Amin
Lan Siro – Daud
Khaty Azean – Mak Esah
Afzan – Alias
Qazem Noor – Tok Dukun Sidek
Maarop – Tok Dukun Kasim
Badrul Muhayat – Badrul Muhayat
Aisyah Atan – Aisah
Ikhlas Jalil – Malik
Nafiez Zaidi – Adam

Fad Anuar – Orang Bergerutu




PRODUKSI:


Penerbit:
– Datuk A. Aida


Pengarah:
– Bade Hj Azmi


Penerbit Eksekutif:
– Rositah Deros


Pengarah Seni:
– Mohd. Habibullah Mohd. Zin


Jurukamera: 
– Mohd. Faizal Mohd. Ali


Solekan:
– Azlina Mohd. Aris


Pengurus Produksi:
– Mohd. Shafiq Bakhri
– Taha Wahid


Wardrobe:
– Siti Mahanifa Mohd. Diah



Terbitan – A. Aida Production Sdn. Bhd





Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *