Perjalanan dimulai seawal jam 645am. Dengan harapan cepat pergi dan cepat pulang. Namun apa yang dirancang sedikit tersasar kerana perubahan rancangan di saat-saat akhir. Namun berada di lebuhraya pada jam 830am adalah satu kejayaan.
Masih awal pagi tetapi penghuni lebuhraya telah mula memenuhi PLUS. Perjalanan ke arah selatan diiringi dengan beberapa konvoi kenderaan mewah seperti Mazda Rx-8, Toyota Wish dan Mitshibishi Lancer. Pemanduan masih dapat dikawal tidak melebihi 110 km/j.
Wow. Dalam perlahan-perlahan tu sampai juga di R&R Pagoh jam 1030am. Tempat wajib singgah kalau ke Kluang. Ada satu gerai Nasi Ambeng tapi buka jam 1130am. Hm..memang tak dan nak tunggu. Tapi takpe, sebab kat rumah ni ada satu gerai Nasi Ambeng yang sangat sedap.
Tukar driver dan mula gerak jam 1130am. Terus menuju ke exit Ayer Hitam dan ke rumah sepupu di Lorong Sekolah Arab. Dijamu dengan cekodok pisang yang sedap :).
Terus bergerak ke Dewan Kg Melayu untuk ke majlis perkahwinan tersebut. Majlis menyambut menantu. Ramai sepupu dan kaum keluarga menunggu kami kerana ayah adalah ‘orang tua’ yang masih tinggal. Dan ayah dan mak diminta untuk berada di meja makan beradap. Maknanya selepas jam 3pm baru boleh gerak.
Alhamdulillah, perjalanan kembali ke ibukota sangat mudah kerana cuaca yang tidak hujan dan lebuhraya yang agak lengang, satu situasi yang memeranjatkan.
Bye,