Review Usahawan PeDAS

Tips Bahulu Tradisional Lembut dari Dhiaza PeDAS

Bahulu ni memang snek yang evergreen. Pada masa sekarang ni, amatlah mudah untuk mendapatkan bahulu sebab ianya telah mula dikeluarkan secara besar-besaran atau mass production. Namun jika ingin membuatnya sendiri, berikut adalah tips bahulu tradisional lembut dari Dhiaza PeDAS, seorang peserta program PeDAS atau Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat.

Tips Bahulu Tradisional Lembut

Sedikit tentang Bahulu Sekupang Dhiaza, iaitu pengeluar dan pembekal bahulu yang terkenal di utara Malaysia iaitu Kedah. Diasaskan oleh Puan Rodiah bt Md Akhir, HBB Utama Enterprise telah mula beroperasi semenjak 2008 lagi. Dengan pengalaman lebih 12 tahun ini, mereka telah mengorak langkah untuk lebih berjaya dan dapat memasarkan Bahulu Sekupang ke seluruh Malaysia dan juga ke seluruh peringkat antarabangsa.

Baca tentang Dhiaza Bahulu Sekupang di sini.

Adalah menjadi impian dan azam HBB Utama Enterprise untuk membantu masyarakat setempat terutamanya ibu-ibu tunggal dan mereka yang ingin menambah pendapatan, hanya dengan berdaftar dengan mereka sebagai agen jualan Bahulu Sekupang. Ini didorong oleh sebab utama atau big why mereka iaitu ingin menjadi usahawan yang membayar zakat dengan jumlah yang besar agar ianya dapat memberikan manfaat kepada ramai orang.

Saya terasa rugi kerana tidak dapat merasai pengalaman menghasilkan bahulu dengan tangan sendiri dan dengan titik peluh sendiri. Ini kerana saya dibesarkan di Petaling Jaya/Kelana Jaya dan Tok Mak dan Tok Bak berada di Batu Pahat. Tetapi menjadi rutin Raya kami hanya balik kampung pada hari kedua Raya dan sepanjang bulan Ramadhan itu, kami tidak balik kampung untuk berbuka puasa bersama-sama dengan Tok Mak dan Tok Bak.

Door gift Bahulu Sekupang boleh ditempah di sini.

Walaupun tak sempat buat sendiri, tapi saya suka sangat makan bahulu. Bahulu yang saya suka adalah bahulu yang lembut tetapi bahagian luarnya rangup dan garing garing sikit dan yang paling best adalah bila cicah dengan Kopi O panas yang pekat dan manis. Hehehe.

Antara tips bahulu tradisional lembut PeDAS yang penting dalam membuat bahulu dan membolehkan bahulu kita tahan lama adalah tepung gandum mesti digoreng dalam kuali tanpa minyak. Goreng tepung tanpa minyak juga dipanggil sebagai sangai dan ini dilakukan kerana sangai akan menjadikan tepung gandum lebih kering dan ringan. Goreng tepung sehingga tepung berbau harum dan bila dikacau, tepung gandum kita akan menjadi seperti debu.

Inilah rahsia yang akan membantu bahulu kita lebih sedap dan lebih tahan lama, sometimes boleh tahan sampai setahun!

Cara mendapatkan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah :

Facebook – Dhiaza Bahulu Sekupang

Whatsapp – Dhiaza Bahulu Sekupang