Tips Membasuh Pinggan untuk anak-anak



Tips Membasuh Pinggan untuk anak-anak

Tips Membasuh Pinggan untuk anak-anak

Saya memang suka basuh pinggan. Ada satu kepuasan bila tengok sinki kosong dan pinggan mangkuk periuk semua tersusun dengan kemas dan teratur. Saya sangat rimas kalau pinggan mangkuk periuk tu tak disusun dengan baik (read : cara saya) sebab nanti susah nak simpan semua tu dalam almari. Sebab hanya saya je yang suka simpan pinggan dalam almari hahaha. And saya tak ingat bila kesukaan membasuh pinggan tu bermula.

Saya rasa ianya bermula sejak saya di sekolah rendah. Disebabkan kedua ibu bapa kami bekerja, kami ni memang dah didedahkan dengan rutin harian buat kerja rumah. Semua kena buat, tak kita lelaki atau perempuan. Masa tu, hanya saya, abang dan adik lelaki je yang dah bersekolah, kiranya dah besar la. Kami kena bergilir-gilir kemas rumah, buang sampah atau basuh pinggan.

Yang bestnya, I hate buang sampah. Tak suka. Busuk. So selalu tukar task tu. Then Abang pulak suka kemas rumah sebab dia boleh mengelat hahaha. So tukar jugak dengan abang sebab tak suka habuk. Actually more to allergic habuk tu.

Then Ayah suka menjamu tetamu. Kawan usrah la, sedara mara yang ziarah tu sure dia akan minta Mak masakkan makanan yang heavy, at least Mee Goreng. So kalau masa raya, memang tak sempat nak jumpa sedara mara kat depan pun, akan sibuk panas/masak, or basuh pinggan or buat air. By the time siap, orang pun dah nak balik. Kenapa tak sembang dulu baru basuh pinggan semua tu? Sebab selalunya tetamu datang silih berganti tak sempat nak rehat, so better siapkan cepat.

Kalau buat kenduri, lagilah penat. So saya memang ada satu sistem. Kalau ramai pembantu, sepupu yang rajin ada, akan buat macam kilang. Seorang basuh dengan sabun. Seorang akan bilas. Seorang lagi akan tangkupkan pinggan tu. Kalau kawasan tangkup tu dah penuh, akan ada yang akan angkat dan susun kat kawasan sebelah sana yang dah siap letak suratkhabar.

Even yang angkat pinggan dari depan pun kena susun ikut cara saya. Depa pun dah tau dah kalau kemas depan, mula-mula kumpulkan sisa makanan kat satu pinggan/mangkuk. Lepastu susun pinggan ikut saiz. Asingkan terus sudu garfu. Then atas sekali baru letak pinggan/mangkuk yang ada sisa makanan tadi. Sampai kat belakang, buang sisa tu dulu dalam tong sampah. Then baru masukkan dalam sinki pinggan tu. Tapi depends pada apa yang sedang si pembasuh tengah basuh. Kalau dia tengah basuh pinggan, hanya pinggan je dibenarkan masuk ke sinki. Gelas cawan semua kena letak belakang dulu. Selalunya gelas letak dalam dulang sebab senang nak angkat.

Masa ni lah kita boleh tahu siapa rajin, siapa mengelat or malas, siapa suka basuh pinggan etc. Dan biasanya masa ni masa sembang. Tapi lepastu rasa menyesal sebab lepas basuh, confirm rasa nak patah pinggang.

Kalau suka membaca novel, boleh baca review novel Nora Roberts ini.

Sekarang ini, saya terapkan sifat bantu membantu di kalangan anak-anak buah. Selepas makan atau minum, angkat pinggan atau gelas dan terus letakkan dalam sinki. Mana yang suka main air, saya beri peluang untuk basuh pinggan gelas sendiri. Ini Tips Membasuh Pinggan untuk anak-anak.

Pertama, gunakan sedikit sahaja cecair pencuci pinggan untuk mengelakkan pinggan atau gelas menjadi terlalu licin. Bila licin, amat mudah untuk barang kaca terlepas dari genggaman tangan anak-anak ni.

Tapi kalau sikit sangat Joy atau Sunlight tu, tak bersih la nanti. Takpe, nanti kita basuh semula sebab kita nak membina anak-anak kita untuk ada sifat bantu membantu. Jadi biarkan je kalau tak bersih. Yes penat buat kerja 2 kali tapi penat ni sekejap je. Nanti mereka dah boleh membasuh pinggan dengan bersih, kita dah boleh relaks hehe.

Kedua, kosongkan ruang atau rak pinggan untuk mudahkan mereka meletakkan barang kaca yang telah dibasuh. Ini juga untuk kurangkan risiko barang pecah.

Ketiga, sediakan bangku kecil bagi anak-anak berusia 7 tahun ke bawah untuk membantu mereka membasuh pinggan gelas dengan lebih mudah.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *