Review Usahawan PeDAS

Tips Memilih Pakaian Muslimah dari Usahawan PeDAS

Pakaian muslimah semakin menjadi pilihan dan semakin popular di kalangan wanita muslim. Dulu-dulu bila berbicara tentang pakaian muslimah, yang ada pilihan hanyalah jubah sahaja. Dan jubah yang ada di pasaran banyaknya berwarna hitam kerana ia diimport dari negara-negara Timur Tengah seperti Dubai dan sebagainya. Tetapi, permintaan yang banyak menyebabkan pasaran pakaian muslimah menjadi semakin besar dan ditambah lagi dengan design yang menarik membuatkan ianya terus menjadi pilihan. Saya kongsikan tips memilih pakaian muslimah dari usahawan PeDAS di bawah jenama Cetusan Hatie.

Tips Memilih Pakaian Muslimah

Tips pertama adalah pakaian muslimah hendaklah longgar dan labuh. Memang ini maksud sebenar pakaian muslimah kan? Pakaian yang menutup aurat kita mestilah tidak melekat pada badan. Dan bila longgar dan labuh, senang sebab solat-ready. Dah tak payah berebut telekung. Kalau macam saya ni, yang sensitif dengan bau, lagilah leceh. So bila pakai pakaian solat-ready, senang lah just ambil wudhu dan pakai tudung boleh terus solat. Alang-alang membeli pakaian, lebih baik beli yang patuh syariah, kata Puan Norzamzarina Koyube, pengasas Butik Pakaian Muslimah Cetusan Hatie.

Tips Memilih Pakaian Muslimah

Tips kedua adalah pilih fabrik dan warna yang bersesuaian dengan kita. Dalam berfesyen, saya selalu ambil kira beberapa perkara. Antaranya adalah jenis kain. Saya tak suka menggosok baju, jadi seboleh mungkin mencari fabrik jenis lycra tebal dan cotton sebab biasanya memang tak payah gosok. Lycra kalau nipis, saya tak suka sebab fabrik tu akan mengikut bentuk badan. Kalau saiz badan macam Barbie Doll, takpelah. Warna pulak, dah tetua ni asyik suka warna hitam. Senang tak payah fikir sangat nak matching tudung apa, seluar apa. Kalau hitam, tudung kita ambil saja yang mana tak payah gosok hehehe. So kalau banyak bergerak, kena pilih fabrik yang cepat menyerap peluh.

Baca tentang pakaian muslimah Cetusan Hatie di sini.

Tips ketiga pula adalah tentukan corak yang bersesuaian dengan bentuk badan. Oleh kerana pakaian muslimah biasanya longgar, corak yang bersesuaian perlu dipilih dengan teliti kerana kalau salah pilih, memang merana kita ni. Untuk yang berbadan besar macam saya, lebih elok memilih fabrik plain sahaja, lebih-lebih lagi fabrik berwarna gelap macam hitam, biru gelap, maroon dan sebagainya. Jika ingin memilih kain yang bercorak, pilih corak yang kecil seperti bunga yang kecil-kecil atau corak memanjang berbanding melintang. Ini semua membantu untuk kita nampak lebih kurus!

Tips-tips memilih pakaian muslimah ini dikongsikan oleh Norzamzarina Koyube, pengasas Butik Pakaian Muslimah Cetusan Hatie.

Apakah cara untuk medapatkan produk-produk Cetusan Hatie?

Website – Cetusan Hatie

Facebook – Cetusan Hatie

Instagram – Cetusan Hatie

Semoga bermanfaat!