Uncategorized

Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital 


Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital

Dari dulu lagi, saya memang mencari peluang untuk teman Mak Ayah ke hospital. Lebih-lebih lagi bila Ayah dah tak kuat berjalan, jadi kalau ke PPUM, IJN atau keluar shopping, memang Ayah akan guna wheelchair dan kami akan menolak beliau.

Kalau ke IJN, Mak yang akan tolak wheelchair tu. Bila saya nak cuti, selalu Mak kata tak payah sebab kena simpan cuti tu. Tapi IJN tu senang sikit sebab rata dan everything kat satu level. Kadang-kadang bila Ayah rasa larat, Ayah akan berjalan slow-slow. Ayah kata kesian kat Mak nak kena tolak. Tapi kalau dah tak larat, memang kena guna wheelchair jugaklah.

Tapi sejak berhenti kerja dan fokus kepada Rahim Auto – Bengkel Kereta Untuk Wanita, memang senanglah nak teman mereka ke hospital. Masa Ayah, last sekali teman Ayah kat hospital (PPUM) selama 18 hari sebelum he passed away.

So sekarang ni, saya teman Mak pulak. Biasanya Mak akan ke Klinik Kesihatan dan ke PPUM untuk check-up mata sebab cataract operation.

Biasalakan, kat hospital ni bukannya datang terus doktor panggil. Memang kena tunggu lamaaaaa, paling cepat saya pernah lalui adalah sampai jam 7.30 pagi dan keluar dari bilik doktor pukul 11.00 pagi. So waktu menunggu dalam 3 jam lebih. Tu paling cepat tau!

So inilah tips-tips biasa yang saya buat setiap kali menemani Mak ke hospital.

Tips Menemani Ibu Ayah semasa Temujanji di Hospital 



1. Bawa buku/majalah/suratkhabar/tab. 


– Akhbar The Sun diberikan percuma. Di PPUM, antara lokasinya adalah di Menara Selatan berhadapan dengan Kaunter Polis sebelum Lif.


2. Bawa powerbank.


– Bateri phone confirm habis punya dok scroll Soc Media atau baca E-book. Jangan harap ada plug point yang berdekatan untuk caj phone. Memang kena bawak powerbank. 


– Tapi kalau terlupa, di Menara Selatan PPUM, ada mesin caj phone dengan bayaran RM2.00/jam. Dekat dengan Anjung Discaj, kalau dari pintu masuk tu selepas lif sebelum ATM. Hahaha siapa biasa ke PPUM sure tau kat mana. Oh kalau nak top-up Touch N Go pun boleh. Mesin Top-Up ada sebelah mesin caj phone tu.


3. Kalau di PPUM, lebih baiklah kita pinjam kerusi roda. 


– Walaupun Mak Ayah boleh berjalan. Sebab jauh nak kena jalan dari Menara Selatan ke Menara Utama atau ke Menara Timur. 


– Di Menara Selatan, kaunter kerusi roda berada betul-betul sebelum pintu besar Menara Selatan.


4. Bawa makanan dan minuman ringan. 
– Untuk Mak Ayah dan juga diri. Bawa juga ubat kalau belum makan atau kena puasa.
Air masak. Kopi😁. Roti. Pastri. 



– Kalau nak beli Nasi Lemak/Nasi Goreng, bawa bekas sendiri supaya mudah nak makan. Sudu Garfu pun bawa juga. Wipes jangan lupa. Tisu poket juga mesti ada.


5. Bawa shawl/selimut kecil/baju sejuk. 


– Di PPUM aircond adalah baru maka suhu adalah sejuk.


6. Kenalpasti lokasi tandas terutamanya tandas OKU jika Mak Ayah berkerusi roda. 


– Mudah untuk kita dan mereka. Lagi-lagi kalau sejuk, lagi cepat mereka nak ke tandas.


7. Rajinkan mulut untuk senyum dan bertanya. 


– Soalan yang biasa saya tanya adalah “Nombor ni biasanya bilik berapa?”. Senang tunggu situ terus. Tapi kalau tersalah tempat menunggu, bersedialah untuk sprint😅 sambil cari bilik doktor.


8. Ambil tahu dan ambil tahu. 


– Ubat apa Mak Ayah makan. Berapa kali sehari. Apa sakit Mak Ayah. Last appointment doktor cakap apa. Kalau bergilir teman Mak Ayah ke hospital, update dalam group famili untuk mudahkan adik-beradik seterusnya yang bawa. Biasakan dengan terminologi perubatan. Tak faham, tanya doktor terus. 


– Tapi doktor di PPUM ni pesakitnya beratus. Jadi minta doktor tulis di kertas dan kita Google je sendiri.


9. Sabar, sabar dan sabar. 


– Memang kena expect waktu menunggu adalah 2-3jam. Kadangkala lebih lama. Kalau boleh tidur, bergilirlah dengan Mak Ayah haha. Pegang kertas giliran tu supaya jiran nampak nombor dan boleh kejutkan kita bila tiba giliran.


Inilah masa kita berkhidmat untuk mereka. Walaupun penat, sakit badan menolak kerusi roda, tapi Ahkak memang suka teman Ayah (dahulu) dan Mak (sekarang). 


#AhkakdanMak 
#MomenDiHospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *