Review Usahawan PeDAS

Tips Menghias Ruang Tamu dari Izzahrra PeDAS

Sekiranya kita baru sahaja mula memikirkan untuk mendekorasi rumah, dan ruang pertama yang ada di dalam senarai adalah ruang tamu, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan projek deko. Saya kongsikan beberapa tips menghias ruang tamu dari Izzahrra PeDAS. PeDAS adalah satu program yang memfokuskan kepada Perkhidmatan E-Dagang Setempat atau ringkasnya PeDAS yang di bawah naungan MDEC.

Apabila memulakan projek mencantikkan ruang tamu, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Antaranya memilih warna cat, adakah mahukan feature wall, perabot mahu digunakan semula atau mahu beli baru, juga cara susunan perabot, atau soft furnishing. Kalau tak biasa dan tak expert macam saya, memang pening jadinya.

Idea bilik tidur sempit boleh dibaca di sini.

Apakah perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dalam menghias ruang tamu?

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menghias ruang tamu adalah gaya hiasan atau style yang kita suka. Style ini akan memberikan kita idea dan membantu kita membuat pilihan berkaitan warna, perabot, susunan, langsir, termasuk juga soft furnishing seperti kusyen kecil dan karpet serta aksesori.

Kalau ikut pembacaan saya, terdapat 29 style dekor yang diminati dan yang paling popular adalah gaya kontemporari. Gaya kontemporari merangkumi pelbagai gaya yang dikembangkan bermula pada pertengahan abad ke-20. Gaya kontemporari ini berbeza dari gaya moden dan kontemporari lebih lembut designnya dengan gabungan elemen neutral dan warna-warna berani seperti coklat, taupe, krim dan putih.

Setelah memilih gaya hiasan, apakah perkara kedua yang perlu dilakukan?

Perkara kedua pula adalah pemilihan perabot. Perabot-perabot yang dipilih hendaklah bersesuaian dari segi konsep atau gaya yang dipilih dan juga dari segi saiz. Kita tak mahulah saiz perabot kita terlalu besar untuk ruang yang kecil dan gaya perabot adalah scandinavian tapi gaya baru yang kita pilih adalah kontemporari. So kena sesuaikan juga ya. Bajet pun penting di sini kerana kalau kita pilih gaya yang berlainan, perabot tak sesuai, kenalah beli baru kan? Lagipun perabotlah yang akan memakan belanja yang besar kalau kena beli baru.

Perkara ketiga penting adalah tona warna.

Pada kebiasaannya, warna-warna yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan gaya pilihan atau decor style serta perabot yang ditentukan. Ini kerana ia berdasarkan kepada preference atau kesukaan tuan rumah. Ada tuan rumah yang sukakan warna-warna yang seimbang dan lembut, ada juga yang sukakan warna-warna kontras dan ada pop of colours. Jadi lebih mudah untuk kita menghias ruang tamu dengan gaya dan hiasan yang kita sukai.

Tips Menghias Ruang Tamu

Dapatkan perabot-perabot bermutu tinggi di Kedai Perabot Online Izzahrra di sini.

Tips Menghias Ruang Tamu dari PeDAS ini ditaja oleh Puan Izzati Mohamad Amran dari Izzahrra Enterprise.

Website – Izzahrra Enterprise