Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi
Tips

Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi dari Bloomer Queen PeDAS

Apabila kita masuk ke Rumah yang berbau segar dan wangi, sure kita akan happy kan? Lebih-lebih lagi kalau rumah kita sendiri yang berbau wangi. Tapi kalau kat pintu rumah pun dah berbau masam hapak tengik, haishhh boleh hangin satu badan rasa nak mengamuk je. Dahlah badan penat otak penat lagi pulak rumah satu macam bau, memang boleh melenting mensinga semua boleh. Dan biasanya sesuatu bau tu boleh mengingatkan kita pada sesuatu kenangan, contohnya kalau bau bedak nyonya putih tu, saya teringat kepada nenek saya yang kami panggil Tok Mak. Kalau terbau orang masak sambal tumis, saya teringat pada makcik yang ajar saya menumis sambal Johor style. Jadi untuk rumah sentiasa berbau wangi, tips nya adalah menyahbau semua bau-bauan yang busuk. Saya sharekan Tips rumah sentiasa berbau wangi dari Bloomer Queen PeDAS.

Baca tentang pakar hilangkan bau hapak di sini.

Tips pertama, Stove Potpourri.

Stove Potpourri ni bermaksud wangian yang dijana dari dapur kita. Ambil satu periuk kecil dan masukkan air. Kemudian masukkan sepotong lemon atau sebatang kayu manis atau lavender atau pudina atau gabungan semua ini untuk menghasilkan wangian semulajadi untuk rumah. Paling paling pun, ambil 2-3 helai daun pandan dan rebus. Atau daun serai. Atau cengkih (clove). semua boleh dapat kat dapur je. Confirm satu rumah bau wangi.

Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi
Sumber : Google

Tips kedua, Essential Oil.

Essential Oil atau minyak pati boleh digunakan juga. Ada minyak pati yang menggunakan diffuser seperti Young Living Essential Oil atau jenis yang boleh dipanaskan dalam bekas yang menggunakan lilin. So pilih je mana-mana yang kita suka dan gunakan wangian berasaskan lemon, serai (lemongrass), lavender untuk rumah berbau segar.

Tips ketiga, Baking Soda.

Baking Soda atau Soda Bicarbonate adalah agen penting dalam membersihkan dan menghilangkan bau hapak di karpet dan juga sofa. Kenapa baking soda? Ini kerana baking soda akan menyerap bau. Jika dibandingkan dengan Essential Oil atau lilin yang menyamarkan bau, baking soda lebih bagus kerana ia menyerap bau-bauan yang tidak enak. Dan harganya sangatlah murah tapi berkuasa menyingkirkan bau. Jimat!

Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi
Sumber : Google

Tips keempat, Biji Kopi.

Letakkan biji kopi ke dalam cawan atau bekas cantik dan selitkan lilin di atasnya. Kenapa biji kopi? Kerana biji kopi boleh meneutralkan bau-bauan yang kurang enak. Kita boleh masukkan biji kopi ke dalam uncang kecil dan masukkan uncang ke dalam kasut kita untuk menghilangkan bau kasut busuk.

Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi
Sumber : Google

Tips kelima, Bloomer Queen Pewangi Fabrik Penghapus Bau Hapak.

Hanya perlu semburkan Bloomer Queen ke langsir, sofa fan karpet supaya rumah kita sentiasa berbau wangi tanpa perlu merabak kan poket kewangan kita. Hanya dengan 1 botol sahaja boleh mewangikan hati kita sekeluarga. Haha. 

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pengeluar pewangi rumah terbaik, klik sini.

Tips Rumah Sentiasa Berbau Wangi

Di mana nak dapatkan Bloomer Queen?

Pertama, boleh dapatkan di Stokis-Stokis Bloomer Queen. Ini senarai stokisnya.

Shah Alam, Selangor
Rawang, Selangor
Kuala Kubu Bharu, Selangor
Hulu Selangor, Selangor
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tanjong Malim, Perak
Kampung Gajah, Perak
Ipoh, Perak
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Dungun, Terengganu
Gua Musang, Kelantan
Singapura
Brunei Darussalam

Kedua, di Facebook Bloomer Queen.

Ketiga, di Instagram Bloomer Queen

Keempat, di kedai mereka yang beralamat di :

PT 17035 Kedai dan Pejabat
Jalan Permai
35900 TANJONG MALIM

Whatsapp mereka di Bloomer Queen.

Semoga bermanfaat!