Masa saya dapat call yang katakan saya diterima di tempat baru tu, pergh…tak profesional langsung saya sebab saya terjerit macam tak percaya saya dapat. Hahaha. Kesian sangat pada orang HR tu, maybe terkejut sebab tak pernah orang buat kot.


Jadi, antara perkara yang paling awal saya buat, selain dari shopping, ialah Google apa nak buat pada hari pertama. Nampak tak betapa nervousnya saya masa tu?

So, ini 7 tips macam mana nak harungi hari pertama kerja tu?

1. Rancang perjalanan kita.

– Sama je macam kita nak pergi temuduga. Cum bezanya, kalau temuduga, takdelah pepagi kan? Interview kan biasanya start dalam pukul 10.00am. Tapi waktu kerja biasanya start pukul 8.00am atau 9.00am. So kalau jauh, kenalah plan jalan mana yang terbaik.

– Kita boleh jugak gunakan apps macam WAZE sebab sangat membantu dalam menghadapi kesesakan jalan raya. Saya setiap hari gunakan WAZE, sebab tak tentu jammed tu. Tak semestinya semalam okay, hari ini akan okay. Nak nak lagi kalau hari hujan ke, ada accident ke. Kadang waktu cuti sekolah clear, waktu sekolah bagai nak rak jammed dia. For me, Waze is the best la.

2. Siapkan pakaian POWER kita.

– Biasanya kan ada satu baju yang paling kita comfortable pakai, yang kalau kita pakai, rasa paling cantiklah. Haaa pilih yang itu sebab bila rasa kita pakai tu kita jadi cantik, or memang kita lawa giler lah, confidence level kita akan meningkat. Yelah, first day kot. Kenalah confident. Kenalah present yang kita ni layak untuk jawatan tu.

– Or kalau takde baju macam tu, kenalah shopping, hahaha. Macam saya, sebab dah beberapa tahun guna uniform, saya takde baju yang power. Apa saya buat? Shopping baju untuk the first 2 weeks. Saya beli 10 helai blouse dan 6 helai seluar termasuk jeans. Tapi sebab kat office baru ni, dress code adalah Smart Casual, so jeans boleh lah pakai. Kalau tak boleh, belilah slack 6 helai. Kenapa 6 helai tak 10 helai? Boleh je beli, tapi bajet saya ciput je. Hehehe. Boleh mix dress or skirt dengan slack tu. Saya tak rajin pakai skirt.

3. Rehat secukupnya malam sebelum hari pertama.

– Ini memang selalu dengar. Tapi kadang, kita ni kan excited nak lalui benda baru. Tapi kita kena ingatkan diri kita, kalau kita tak cukup tidur, haaaa kang ngantuk nanti karang macam mana? Takkanlah first day dah buat hal pulak kan?

– So make sure, tidur awal. Jangan dok stay up tengok tv ke, berborak kat telefon ke, or lepak kat luar ke. Balik rumah awal, by 10pm dah masuk tidur. Off gajet dan terus tidur.

4. Bawak bekal

– Kenapa kena bawak bekal? Kita kan tak biasa dengan kawasan situ. So mungkin kita akan kelaparan.

– Tapi kadang tips ni tak relevan. Sebab biasanya, kawan baru akan kenalkan kita dengan kawan-kawan lain dan the best way is bawak pergi lunch. Malaysians kan best, makanan menyatukan kita semua kan?

– Macam saya, first day tu tak lalu nak makan. Perut penuh dengan “rama-rama” (baca: Butterflies – kecut perut nervous). So memang tak boleh nak makan langsung. Saya banyak minum air je hari tu. Tapi, start second day, ambik…Hari-hari pergi lunch hehe.

5. Relaks dan SENYUM

– Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Memang betul ayat ni. Dan memang betul, kita nervous menggelabah giler first day tu. Tapi, cara terbaik nak hilangkan nervous adalah dengan SENYUM. Kena ingat, yang mereka mengambil kita hanyalah semata-mata kerana mereka percaya pada kita, percaya yang kita adalah calon yang paling layak, and that’s GREAT kan..

– So, senyum. Lepas tu make eye contact dengan rakan-rakan baru. Cuba kenal dan ingat nama mereka. Tegur kawan-kawan office baru. Dan jugak SENYUM!

6. TULIS, TULIS, REKOD

– Yang ni saya rasa PENTING SANGAT. Sebab first day kan, banyak benda baru kita kena belajar. Tentang syarikat. Tentang skop kerja kita. Tentang peraturan dan syarat. Tentang sistem. Banyak. Memang banyak. Dan kita taknaklah terlupa tentang sesuatu benda kan? So, get ready dengan Notebook and good pen. Nak semangat lagi, pergi beli buku nota yang lawa-lawa kat MPH ke, Typo ke, Kaison ke. Banyak dan macam-macam kat sana. And tulislah semua perkara dalam tu.

– Kalau yang lambat tulis sebab nak tulis cantik macam saya ni, saya sarankan guna VOICE RECORDER dalam handphone kita. Ini paling senang dan praktikal. Tapi lepas tu, janganlah biar aje dalam phone. Bila free, dengar balik rakaman kita tu. Tapi dengarlah dengan gunakan Earphone, bukannya SPEAKERPHONE ya. Tanjat lak orang sebelah kita nanti. Hehehe.

7. TANYA, TANYA, TANYA

– Yang ni pun penting jugak. Jangan ada buat silap. So kena banyak tanya. Tapi dah tanya tu, jangan lah lupa pulak. Tengok balik tips nombor 6 tu. Ingat dan buat tanpa salah lagi. Salah kali pertama tu okay lagi sebab salah untuk belajar perkara baru. Tapi kalau salah lagi perkara yang sama, tu salah bongok namanya. Salah yang macam susah nak maaf sebab dah tegur tapi masih buat lagi. Hehehe.

– Yang ni juga pada saya, tips untuk kita cepat belajar. Kadang ada yang tak sempat orang ajar, sebab handover tu just like 1 day aje. Lepas tu orang tu dah kerja kat tempat baru. But, mintak tolong dia untuk be available dan tolong kita dengan jawab soalan kita kat whatsapp. Bila dia free.

– Macam saya, memang tak sempat handover properly sebab banyak sangat benda nak transfer kan? So saya janji dengan orang yang ganti saya tu, tanya je dan saya akan jawab bila free. Kalau saya tak jawab tu, maknanya saya busy. Dan saya akan jawab bila saya free. Like kalau saya busy, malam nanti saya jawab soalan-soalan tu. Or, saya freekan sabtu untuk saya pergi office lama dan ajar. Well, saya taknak la nama saya buruk, so saya tolong je lah. Lagipun for me, bantu je, ilmu ni sangat power. Lagi kita ajar, lagi banyak kita dapat Insyaallah.

So ini tips yang saya rasa amat berkesan dan berguna buat saya. Dan saya share supaya saya boleh sentiasa repeat sebab memang dah terbukti, yang ianya POWER.

Thanks.