
Admires Lip Matte Halal Malaysia PeDAS
Orang Sumeria kuno dikatakan menjadi orang yang mencipta dan memakai lipstick 5,000 tahun yang lalu. Mereka menghancurkan batu-batu permata dan menggunakan batu permata tersebut sebagai perhiasan di muka mereka, terutamanya di bibir. Manakala Cleopatra pula menghancurkan serangga berwarna merah untuk memerahkan bibir mereka. Pada awal abad ke-20, gincu bibir hanya datang dalam bilangan warna yang terhad, namun pada awal tahun 1930-an, Elizabeth Arden telah mula memperkenalkan warna-warna yang pelbagai untuk gincu. Dan pada tahun lepas, Al Jannah Creative Enterprise telah mengeluarkan Admires Lip Matte Halal Malaysia PeDAS.

Founder kepada Admires Lip Matte ini, iaitu Puan Endang Suryati berkata, Lip Matte ini dikeluarkan adalah untuk membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan sampingan dan beliau turut berharap agar Lip Matte ini menjadi terapi keyakinan diri kepada wanita yang memerlukannya.
Baca tentang lip matte halal Malaysia.
Admires Lip Matte ini juga amat bersesuaian untuk wanita yang sibuk, tetapi ingin tampil bergaya. Ini kerana Lip Matte direka untuk digunakan pada bukan sahaja bibir, tetapi juga di pipi dan mata. Perghhhh jimat duit ni sebab tak payah beli Blusher dan Eyeshadow. Sebab tu agaknya Joan Collins, pelakon Hollywood, berkata,
Lipstick is the best cosmetic that exists.
Joan Collins
Apa yang menarik tentang Admires Lip Matte Halal Malaysia ini adalah ianya mesra wudhu’ walaupun ianya boleh bertahan selama 16 jam. Dan walaupun boleh bertahan selama 16 jam, Lip Matte ini tidak akan mengeringkan bibir walaupun kita berada di dalam bilik berhawa dingin. Pelik kan? Tapi inilah keistimewaan Lip Matte keluaran Al Jannah Creative Enterprise.
Tips memilih lip matte yang tidak mengeringkan bibir di sini.
Didatangkan dalam 7 warna menarik yang bersesuaian dengan kulit orang Asia, ianya sesuai digunakan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Dan pada masa yang sama, Admires Lip Matte juga akan membantu merawat bibir yang bermasalah dan pada masa yang sama, mengekalkan kelembapan dan keanjalan bibir si pemakai.

Tekstur Lip Matte yang ringan dan setanding dengan jenama antarabangsa membuatkan Admires Lip Matte sentiasa menjadi pilihan para wanita. Ianya dikilangkan di kilang yang dimiliki oleh Bumiputra, dan yang paling menarik adalah dengan setiap pembelian Lip Matte, sebanyak 50 sen akan didermakan kepada tabung amal pilihan.
Admires Lip Matte Halal Malaysia boleh didapati di sini:
FB – Admires Lip Matte
IG – @admireslipmatte