Air kacang soya merupakan air atau jus yang didapati dari biji kacang soya dan dikatakan juga air kacang soya ini berasal dari negara China. Soya juga diproses sehingga menjadi susu yang sesuai untuk bayi yang tidak boleh menerima susu ibu atau susu formula kerana lactose-intolerance. Air soya kaya dengan protein, asid amino dan lipid yang terdapat dalam kacang soya. Air soya sangat popular sebagai minuman sedap tapi berkhasiat dan bertambah best apabila berjumpa dengan Air Soya Sedap Pagoh PeDAS (Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat).

Baca tentang Pakar Soya Fani Soy di sini.
Berpengalaman selama 9 tahun di dalam bidang ini, produk Fani Soy dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet. Oleh kerana tiada pengawet, air soya dan tau fu fah Fani Soy boleh bertahan sehingga seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk.
Air Soya Sedap Pagoh PeDAS ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bayangkan pada waktu tengahari dan kita terlalu sibuk untuk duduk dan makan tengahari, minum saja Air Soya Fanisoy untuk menggantikan lunch. Jadi taklah kelaparan kan? Boleh juga diet kan?
Protein yang terdapat di dalam soya akan mampu memberikan kita tenaga dan juga dapat menjadikan otot-otot kita lebih kuat. Selain itu, ianya juga penuh dengan khasiat vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.
Kandunga Isoflavons di dalam kacang soya mampu untuk mengurangkan risiko kanser. Walaupun Isoflavons berfungsi untuk menghasilkan hormon estrogen, namun ia tidak akan mengganggu fungsi estrogen yang ada di dalam badan kita.
Baca Resepi Taufufah Air Soya di sini.
Sekiranya kita menghadapi masalah untuk menurunkan kadar LDL atau low-density lipoproteins, boleh mula mengkonsumsi air soya dan pilihlah Air Soya Fani Soy yang terjamin kebersihan dan halalan toyyiban keluaran Bumiputera Muslim.
Bagaimana untuk mendapatkan produk Air Soya Sedap Pagoh PeDAS?
Alamat Kedai :
1 Jalan Mawar
Kawasan Perniagaan FELCRA Bukit Kepong
85300 Labis
Semoga bermanfaat!