Apa kaitan Coach ICF dengan Jatuh Kerusi?



Apa kaitan Coach ICF dengan Jatuh Kerusi?

Hari ni ada coaching untuk Online Marketing. Ianya dipanggil Chemistry Coaching untuk menentukan samada kita selesa dengan coach kita atau tidak. Satu sebab kenapa saya bersetuju dengan coaching session ini adalah untuk support my dearest friend dalam mendapatkan sijil dari International Coach Federation (ICF). Another reason would be to uncover issues I am having with blog writing. So apa kaitan Coach ICF dengan jatuh kerusi?

Sebelum bermulanya sesi coaching ni, ada cerita kelakar. Hehehe belum tulis dah ketawa. Harini agak kelam kabut sebab jadual penuh, so saya schedulekan memasak dari jam 11.45am – 12.45pm. Sebabnya coaching jam 12.30pm. Tapi alhamdulillah coach anjakkan ke pukul 1.00pm.

Menu harini adalah Asam Pedas Daging dengan Bayam Goreng dengan Bebola. Nasib baik Mak dah potongkan daging korban dan rebus kat dapur. So cepat sikitlah kerja nanti. Saya cuma perlu blend cili kering sama dengan cili merah pastu dah boleh terus tumis.

Tumis dulu bawang merah dengan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan cili kering dan cili merah yang dah kisar. Tumis sampai wangi lepastu masukkan daun kesum dan asam keping dengan air. Masukkan daging dan set kan 7 High Pressure. Oh saya masak dengan Noxxa sebab nak HP kan daging tu. Settle dah.

Cuma tinggal siang bayam je, tu pun baru separuh sebab dah pukul 12.45pm. Saya pun naik ke bilik untuk prepare for the session. Yang kelakarnya adalah saya jatuh kerusi dan kerusi tu pun terbalik sekali. Kelakar giler sebab dah lama tak tergolek macam tu!

Macam mana boleh terbalik? Saya pasang kipas berdiri (stand fan) tu sebab panas, yelah baru lepas masak. Halakan direct ke meja supaya selesa masa coaching. Tapi tak teringat ada bil-bil dan kertas ada atas meja. Bila buka kipas, terbanglah kertas tu semua. Kononnya nak selamatkan kertas terbang, last-last dengan saya sekali terbang dari kerusi! Kerusi ni pulak ada roda, nak capai kertas kat atas lantai, tambah dengan roda dan badan besar ni tak dapat balance terus terbalik kerusi tu hehehehe. So itulah apa kaitannya Coach ICF dengan jatuh kerusi.

Serius kelakar sebab dah lama tak jadi macam tu. And saya jatuh macam slow-motion gitewwww. Anddd bunyi dia memang sebijik macam buah nangka jatuh. Bedebukkkkk! Hahaha gelak lagi. Bila jatuh, cepat-cepat angkat kerusi sebab dah masuk waiting room, nanti coach heran pulak kenapa nampak roda kerusi yang terbalik je ni? Hahaha. Kenangan betul.

And alhamdulillah, saya clear dengan apa saya nak buat untuk online marketing. Dapat kenalpasti issues kenapa saya tak bersemangat nak menulis (blog). Dapat identify how I can overcome that issues.

Apa kaitan Coach ICF dengan Jatuh Kerusi?

Semua ni dalam masa 1 jam je. Sangat professional coach Suraya Ali ni. Dan soalan-soalan beliau tu sangat provoking membuatkan ada banyak self-realization yang saya dapat dalam masa 1 jam ni.

Coach ni berbeza ya dari Mentor. Coach creates space to think dan they will draw out examples and ideas from coachee. Mentor ni adalah orang yang akan menasihati kita dan cadangkan apa yang perlu kita buat. Coach ni cuma tanya soalan yang tepat dan coachee sendiri yang decide apa nak buat.

Contoh, tadi bila tanya tentang apakah reward yang akan saya dapat bila saya dapat selesaikan tugasan, adakah membaca novel atau menonton tv boleh dianggap sebab reward? Saya cakap tak boleh sebab saya akan tetap buat je walaupun tugasan tak lengkap. So saya pilih, reward lain yang saya rasa akan push me to do it. Barulah saya faham, kalau kat drama or series macam New Amsterdam or any series/movies yang ada sesi yang jumpa psychiatrist, psychiatrist akan tanya soalan yang akan provoke minda kita untuk face the truth dan discover the what, the how, the why, the when, the who. It is a very strong session and it will make you so emotional when doing it with the right psychiatrist.

Ada satu quote yang saya suka tadi adalah “Look at yourself as half full of glass, not as half empty. Don’t be too harsh on yourself.” Dan seorang lagi coach yang ingatkan saya untuk BE KIND TO YOURSELF. Insyaallah, I am kind to myself.

Semoga terhibur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *