Saya paling gembira bila saya nampak pengantin pakai capal semasa di majlis pernikahan atau majlis persandingan. Saya rasa bila seorang lelaki, terutamanya sang pengantin, kehandsomeman mereka terserlah dengan kuat sekali! Hahaha sebab terasa rugi kenapalah saya tak berjumpa dengan Arils kasut pengantin lelaki melayu PeDAS pada tahun kami berkahwin.
Sebagai pengeluar alas kaki tradisional melayu, Tuan Arif Syahmi Bin Mohd Shahril berkongsi tips-tips dalam memilih kasut pengantin supaya sepadan dengan baju pengantin dan semestinya membuatkan pengantin bertambah berseri dan kacak.

Tips yang pertama adalah pilih alas kaki yang diperbuat dengan material yang berkualiti.
Oleh kerana para pengantin akan berdiri lama semasa majlis persandingannya, hendaklah memilih alas kaki yang selesa dan tidak menyebabkan kaki si pemakai sakit. Jadi, sekiranya ingin memakai capal, amatlah perlu untuk memilih capal yang menggunakan kulit asli kerana ianya lebih lembut dan selesa seperti capal Arils.
Baca tentang capal kulit asli Arils di sini.
Sebenarnya, capal ni agak rumit untuk dihasilkan, terutama sekali di bahagian alas capal itu. Ini kerana alas capal akan menggunakan material kulit yang kemudiannya akan dilekapkan kepada kertas khas. Kata pengasas Arils, Tuan Arif Syahmi, selepas itu, kerja-kerja cap dan pemasangan ‘telinga’ perlu dilakukan untuk memberikan lapisan selesa pada tapak kaki sebelum tapak capal dipasangkan atau dicantumkan.
Baca tentang kedai capal handmade Johor juga.
Tips yang kedua adalah memilih warna alas kaki yang sesuai dipadankan dengan baju pengantin
Ada yang mengatakan bahawa warna alas kaki tidak memainkan peranan penting dari segi pemakaian pengantin. Tetapi sebenarnya ia tetap memberikan impak walaupun ia hanyalah alas kaki.
Warna yang dipilih hendaklah complement dengan persalinan persandingan atau pernikahan. Contohnya, biasanya waktu nikah, ramai yang akan pilih warna putih. Jadi warna capal yang sesuai adalah hitam, putih atau coklat gelap.
Tips ketiga adalah memastikan fesyen alas kaki sesuai dengan persalinan pernikahan atau persandingan.
Jika memilih pakaian moden untuk majlis persandingan, maka perlulah memakai kasut kulit bertutup penuh. Tetapi jika memilih pakaian tradisional, bolehlah memakai capal kulit asli supaya tampak lebih gagah dan seperti seorang raja berkaliber walaupun hanya sehari!
Boleh tengok sini untuk menempah Kasut Pengantin Lelaki Melayu PeDAS keluaran Arils Leatherville Craft.
Facebook – Arils Leatherville Craft
Instagram – Arils Leatherville Craft
Whatsapp – Arils Leatherville Craft
Alamat kedai – NO155E, KM15/4, Jalan Bakri, MUAR
Semoga bermanfaat!