CIRCLE OF TOLERANCE 
****************** 


Benarlah. 


Apabila seorang murid itu bersedia untuk belajar, maka Allah akan hantarkan guru yang terbaik. 


Minggu lepas saya belajar tentang Lingkungan Toleransi (Circle of Tolerance). 


Semakin kurang Andaian Berkod (Encoded Assumption), semakin kurang Peraturan Hubungan (Rules of Engagement), semakin besar Lingkungan Toleransi kita. 


Bila dah belajar, mesti ada ujian kan? Untuk uji samada kita benar-benar memahami ilmu itu. Ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Objektif. Subjektif. Lisan. 


Berdasarkan situasi pagi ini, saya rasa markah saya hanya sekadar 70%. 


Ada beberapa perkara perlu saya tingkatkan. 


Namun saya bergembira dengan markah saya. 
Raikan kejayaan kecil dan besar agar kita menghargainya. Syukuri ujian yang hadir, kerana ujian hadir bersama hadiahnya. 


Ini OOTD semalam. Jubah dan shawl dari @dyana.com.my. 


Majlis pernikahan anak abang ipar yang sulung. 
Kelebihan berkahwin dengan anak bongsu, umur anak saudara bapa saudara hampir sebaya. Hahaha. 




FB:Rahim Auto