Saat mengetahui yang saya hamil, saya dah terbayang momen-momen manis (dan stress hahaha) dalam memilih barang keperluan bayi. Saya ni sangat percaya kepada keperluan berpantang, jadi untuk baby pun kena ikut mommynya berpantang jugaklah. Dan saya pulak sejenis yang sukakan benda-benda cantik kiut miut ni, jadinya saya memang tertarik dengan Barut Baby Homemade Selesa Anis Kissmiss PeDAS yang dikeluarkan oleh Anis Kissmiss Venture.
Apa itu barut bayi?
Barut bayi adalah sehelai kain yang dijahit bersekali dengan tali dan dipakaikan di bahagian perut bayi. Tujuannya adalah untuk melindungi perut dan dada bayi dari sejuk, angin dan penyakit lain. Ini adalah cara tradisional yang telah digunakan sejak dahulu lagi.
Biasanya, barut bayi akan mula dipakaikan seawal 2 hari kelahiran dan berterusan sehingga habis pantang. Ada juga ibu-ibu memakaikan barut bayi ini sehingga anaknya berusia 6 bulan ataupun sampai barut tu dah tak muat hahaha.
Apa yang menarik tentang barut bayi dari Anis Kissmiss adalah saiznya yang lebih besar dari biasa dan sesuai untuk bayi dengan berat di antara 2.8kg sehingga 6.0kg. So bolehlah pakai lama sikit.
Barut baby ini juga menggunakan kain-kain berkualiti yang menyerap peluh dengan tali-tali yang dijahit kukuh agar tidak mudah tertanggal. Berbekalkan pengalaman selama 12 tahun dalam industri jahitan semenjak tahun 2008 lagi, Anis Kissmiss turut mengeluarkan bengkung ibu bersalin.
Perlukan bengkung ibu Anis Kissmiss semasa berpantang? Baca di sini.

Bagaimana cara untuk memakaikan barut baby ini?
Setelah baby dimandikan, lap badan baby sehingga kering. Kemudian bolehlah disapukan minyak telon dan urut sedikit sekitar perut. Salah satu kebaikan memakai bengkung adalah mengurangkan risiko kembung perut bayi.
Letakkan bayi ke atas barut baby yang dibentangkan dengan bahagian tali berada di bawah. Balut baby dengan barut tu, pastikan barut menutup keseluruhan perut dan dada bayi.
Ikat barut bayi secara sederhana ketat, yang penting tak terbuka dan terburai masa baby bergolek-golek nanti. Jangan terlalu ketat sampai baby tak selesa. Nanti dia tak tidur, kita pulak yang parah.
Mahukan baby tidur lena dengan baby nest? Klik sini untuk membaca kebaikan tilam baby nest.
Bagaimana untuk mendapatkan Barut Baby Homemade Selesa PeDAS?
Premis kedai –
39-1, Jalan Genting,
Taman Sri Indah,
11000 BALIK PULAU,
Pulau Pinang
Semoga bermanfaat!